7 langkah

Senarai AJK, foto, biro dan sesi baharu

Rekod barisan jawatankuasa dengan foto, pilih siapa dipaparkan di laman awam, dan urus biro bagi setiap sesi.

Buka fungsi ini
Video tutorial · contoh persatuanLangkahnya sama untuk sekolah dan persatuan; hanya nama dan data contoh berbeza.
  1. 1

    Buka "AJK & biro"

    Semua ahli boleh melihat. Hanya YDP / Pengerusi dan Setiausaha boleh mengubah. Tekan "Kemas kini" untuk mula mengubah, dan "Selesai" bila siap.

  2. 2

    Tambah AJK

    Di "Tambah AJK", isi "Nama penuh" dan pilih "Jawatan". Sekolah juga memilih "Wakil" (Ibu bapa atau Guru). Tekan "Tambah AJK".

  3. 3

    Foto AJK

    Tekan bulatan gambar ("+ Foto" atau "Tukar") dan pilih foto (JPG, PNG atau WEBP, bawah 4MB). Tekan "Buang foto" untuk membuangnya.

  4. 4

    Pilih siapa dipaparkan di laman awam

    AJK biasa dan juruaudit tidak dipaparkan di laman awam sehingga YDP / Pengerusi atau Setiausaha tekan "Papar di laman". Pemegang jawatan lain dipaparkan; tekan "Sorok dari laman" bagi sesiapa yang tidak mahu dipaparkan.

    Yang disorok ditanda "Tidak dipapar di laman awam".

  5. 5

    Keluarkan AJK

    Tekan "Keluarkan AJK", kemudian sahkan dengan "Ya, keluarkan". Foto orang itu juga dibuang.

  6. 6

    Tambah biro

    Di "Tambah biro", isi "Nama biro", "Singkatan", unit atau bahagian berkaitan, "Pengerusi", "Ahli biro" dan tugas (satu baris satu tugas). Tekan "Tambah biro". Ubah kemudian melalui "Ubah biro".

  7. 7

    Selepas Mesyuarat Agung: sesi baharu

    Tekan "+ Mula sesi baharu (selepas Mesyuarat Agung)", isi "Sesi (tahun)" dan tarikh mesyuarat, kemudian "Mula sesi baharu". Senarai biro boleh disalin tanpa nama ahli; AJK perlu ditambah semula. Sesi lama diarkibkan dan tidak boleh diubah.

Perkara penting

  • Foto, nama dan jawatan dipaparkan di laman awam hanya jika "Paparkan profil Ahli Jawatankuasa" ditandakan di halaman Laman.
  • Persatuan: jawatankuasa perlu sekurang-kurangnya 7 orang, termasuk Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha. Setiausaha 2, Bendahari dan Bendahari 2 adalah pilihan. Halaman AJK memaparkan amaran jika belum cukup.

Berkaitan

Masih keliru? Hantar tiket bantuan