Sambungkan domain web sendiri
Jika organisasi anda memiliki domain (contoh pibgskbukitrimau.com), landing page boleh dibuka terus dari alamat itu.
Buka fungsi ini- 1
Buka Domain sendiri
Di halaman Laman, tekan "Domain sendiri".
- 2
Masukkan domain
Di "Domain milik organisasi anda", taip domain tanpa https:// dan www, kemudian tekan "Sambungkan domain".
- 3
Tambah rekod DNS
Di tempat anda membeli domain (Exabytes, Shinjiru, GoDaddy, Namecheap, Cloudflare), tambah SEMUA rekod yang dipaparkan: rekod TXT _rembuk (pengesahan), biasanya A untuk @ dan CNAME untuk www. Butang "Salin" disediakan. Buang rekod lama yang bercanggah.
- 4
Tekan "Semak sekarang"
Apabila status "Aktif", domain anda memaparkan landing page. Sijil HTTPS diuruskan secara automatik.
DNS boleh mengambil masa 15 minit hingga beberapa jam. Laman hanya aktif selepas rekod TXT dikesan.
Perkara penting
- Log masuk, bayaran dan derma kekal di rembuk.my.
- Mahu berhenti? Tekan "Putuskan domain". Laman awam masih boleh dibuka di rembuk.my.
- Belum ada domain? Domain .com atau .my lazimnya RM40 hingga RM100 setahun di mana-mana pendaftar.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan