6 langkah

Hantar hebahan kepada ibu bapa atau ahli

Satu hebahan sampai melalui emel, notifikasi telefon dan Rembuk sekali gus.

Buka fungsi ini
Video tutorial · contoh sekolahLangkahnya sama untuk sekolah dan persatuan; hanya nama dan data contoh berbeza.
Video tutorial · contoh persatuanLangkahnya sama untuk sekolah dan persatuan; hanya nama dan data contoh berbeza.
  1. 1

    Buka Hebahan

    Dari papan pemuka, tekan jubin "Hebahan". Tulis di kad "Hebahan baharu".

  2. 2

    Tulis

    Isi "Tajuk" dan "Isi hebahan".

  3. 3

    Pilih penerima

    Di "Kepada", sekolah memilih "Semua ibu bapa", "Tahun tertentu" (kemudian tandakan tahun) atau "AJK & guru sahaja". Persatuan memilih "Semua ahli" atau "AJK sahaja".

  4. 4

    Pilih saluran

    Di "Saluran", "Emel" dan "Notifikasi telefon" sudah bertanda. Buang tanda jika tidak mahu. Hebahan sentiasa dipaparkan dalam Rembuk juga.

    Emel dikira dalam satu kuota emel sebulan ikut pakej (dikongsi dengan hebahan kepada pendaftar laman minat): Percuma 50, Mikro 1,500, Komuniti 5,000, Pro 10,000, Rembuk Sekolah 8,000. Baki dipaparkan di bawah Saluran. Jika tidak cukup, beli emel tambahan di halaman Langganan (Kecil 1,000 emel RM10, Sederhana 5,000 RM39, Besar 20,000 RM119, sah 12 bulan), atau buang tanda Emel dan hantar melalui notifikasi telefon dan Rembuk (tidak dikira).

  5. 5

    Hantar dan sahkan

    Tekan "Hantar hebahan", kemudian tekan OK apabila ditanya "Hantar hebahan ini sekarang?". Jangan tutup halaman semasa menghantar.

    Hebahan yang dihantar tidak boleh ditarik balik. Semak ejaan dahulu.

  6. 6

    Semak rekod

    Kad "Telah dihantar" menunjukkan bilangan emel dan notifikasi telefon bagi setiap hebahan.

Perkara penting

  • Hebahan boleh dipadam dengan "Padam" dalam senarai "Telah dihantar". Ia hilang daripada papan pemuka, tetapi emel dan notifikasi yang sudah dihantar tidak boleh ditarik balik.
  • Sekolah: hanya YDP, Setiausaha, Guru Besar dan PK HEM boleh menghantar. Persatuan: Pengerusi, Setiausaha, Penasihat dan Timbalan Pengerusi.
  • Emel keluar atas nama organisasi; balasan pergi ke emel rasmi anda.

Berkaitan

Masih keliru? Hantar tiket bantuan