Import ahli dari Excel
Daftarkan ramai ahli persatuan sekali gus daripada fail Excel (.xlsx) atau CSV. Pratonton dahulu; ahli yang sudah ada tidak diimport semula.
Buka fungsi ini- 1
Buka import
Di "Ahli & yuran", tekan "Import dari Excel atau CSV".
- 2
Muat turun templat
Tekan "Muat turun templat (.xlsx)" atau "Templat .csv". Lajur: Nama penuh (wajib), Telefon, Emel, Jenis keahlian (Biasa, Seumur hidup, Bersekutu, Remaja, Kehormat), Tarikh menjadi ahli dan No. ahli (pilihan).
Emel ialah kunci log masuk ahli. Isi emel yang betul supaya ahli boleh terus melihat invois.
- 3
Semak fail
Pilih fail (bawah 3MB) dan tekan "Semak fail". Pratonton menunjukkan ahli yang sedia diimport, dan "baris tidak akan diimport" dengan sebabnya: nama kosong, emel atau telefon tidak sah, pendua dalam fail, atau sudah menjadi ahli (emel / telefon sama).
- 4
Import
Tekan "Import N ahli". Nombor ahli diberi automatik (A0001, A0002, …) jika lajur No. ahli kosong.
- 5
Jemput ahli log masuk
Selepas import, tekan "Jemput ahli log masuk" untuk menghantar emel jemputan.
Perkara penting
- Lajur "No. KP (pilihan)" boleh diisi untuk daftar eROSES. Nombor yang tidak sah ditolak; nombor yang sudah direkod untuk ahli lain dilangkau. No. KP hanya dipaparkan bertopeng dalam pratonton.
- Had ahli aktif bergantung pada pakej (Percuma 30, Mikro 150, Komuniti 1,000, Pro tanpa had). Jika fail melebihi baki had, tiada ahli diimport dan Rembuk memberitahu berapa yang boleh ditambah.
- Jangan masukkan nombor kad pengenalan atau alamat rumah. Rembuk tidak menyimpannya.
- Hanya Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari (atau sesiapa yang diberi akses "Urus ahli") boleh mengimport.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan