Laporan pelaksanaan aktiviti & penyata perbelanjaan program
Laporan untuk pemberi geran atau peruntukan: butiran setiap aktiviti, rumusan, dan penyata perbelanjaan dengan jumlah berbanding peruntukan.
Buka fungsi ini- 1
Buka laporan
Di "Kalendar", tekan "Laporan aktiviti". Program dalam sesi semasa dipaparkan; tukar "Dari" dan "Hingga" kemudian tekan "Tapis" untuk tempoh lain.
- 2
Pilih program dan isi geran
Tanda program yang hendak dilaporkan. Isi "Tajuk geran / peruntukan" dan "Jumlah peruntukan diluluskan" jika laporan untuk geran.
- 3
Lengkapkan setiap aktiviti
Isi Masa, Objektif, Pelaksanaan program dan Hasil program. Tekan "Jana draf (AI)" untuk draf awal daripada tajuk, tarikh, tempat dan catatan program; semak dan betulkan sebelum dicetak.
Draf AI hanya mengisi ruangan yang masih kosong dan menggunakan satu jana AI daripada kuota bulanan.
- 4
Masukkan perbelanjaan
Tambah baris Perkara dan Amaun, atau pilih "+ Tambah daripada lejar dana…" untuk menyalin perbelanjaan yang sudah direkod. Baris yang sepadan dengan nama program dicadangkan secara automatik.
- 5
Simpan dan cetak
Tekan "Simpan butiran program" supaya butiran boleh digunakan semula, kemudian "Cetak / simpan PDF". Penyata perbelanjaan bermula di halaman baharu dengan jumlah dan baki peruntukan.
- 6
Versi English (pilihan)
Untuk penaja korporat, kedutaan atau agensi PBB: tekan "Cetak & tandatangan laporan ini" pada program yang sudah disimpan, kemudian di kad "Versi English" tekan "Jana versi English (1 kredit AI)". Semak dan ubah setiap bahagian di sebelah teks BM, kemudian tekan "Pratonton & cetak (English)".
Tarikh dan amaun perbelanjaan diambil terus daripada laporan BM; AI hanya menterjemah teks. Laporan BM kekal sebagai dokumen asal.
Perkara penting
- Laporan yang tersimpan boleh dipadam dengan "Padam laporan tersimpan". Program dalam kalendar dan lejar dana tidak terjejas.
- Hanya Pengerusi / YDP, Setiausaha dan Bendahari boleh menyimpan butiran dan menjana draf AI. AJK lain boleh mengisi dan mencetak.
- Tajuk geran, jumlah peruntukan dan rumusan keseluruhan tidak disimpan.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan