Lengkapkan tetapan, logo dan akaun bank
Maklumat ini muncul pada resit, kertas kerja, laman awam dan arahan pindahan kepada ibu bapa atau ahli.
Buka fungsi ini- 1
Buka Tetapan
Dari papan pemuka, tekan jubin "Tetapan". Hanya YDP / Pengerusi dan Setiausaha nampak jubin ini.
- 2
Isi profil
Di kad "Profil organisasi", lengkapkan nama penuh, "Nama pendek", alamat, telefon, "Emel rasmi", "Slogan / moto", "Sesi" dan "Warna".
- 3
No. pendaftaran
Sekolah: isi "Kod sekolah" dan "No. pendaftaran PIBG". Persatuan: isi "No. pendaftaran ROS" dan pilih "Kategori pertubuhan (eROSES)". Nombor ROS tidak wajib, tetapi diperlukan untuk status Berdaftar di laman awam, Skor Kesediaan Dana, permohonan geran dan Rembuk Pay. Jika belum berdaftar, tekan "Belum berdaftar" pada peringatan di papan pemuka.
- 4
Tetapkan lokasi
Pilih "Negeri" dan "Daerah" supaya Rakan Penaja di kawasan anda boleh dipaparkan.
- 5
Akaun bank
Isi "Bank", "Nama akaun" dan "No. akaun" akaun PIBG atau persatuan. Ia dipaparkan kepada ibu bapa atau ahli yang membayar melalui pindahan.
- 6
Simpan
Tekan "Simpan tetapan".
- 7
Muat naik logo
Di kad "Logo sekolah" (persatuan: "Logo persatuan"), tekan "Pilih logo", pilih fail (PNG, JPG atau WEBP, kurang daripada 1MB), kemudian tekan "Muat naik logo".
Perkara penting
- Gunakan akaun bank atas nama organisasi, bukan akaun peribadi.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan