8 langkah

Aduan & penyelenggaraan

AJK atau guru melapor kerosakan dengan foto, ia disemak, kemudian diputuskan: diuruskan pihak lain, atau dibiayai organisasi dengan sebut harga dan undian AJK.

Buka fungsi ini
  1. 1

    Lapor

    Dari papan pemuka, tekan jubin "Aduan & penyelenggaraan", kemudian "Lapor aduan baharu".

  2. 2

    Isi aduan

    Isi "Apa masalahnya?", "Lokasi", "Kategori", "Tahap" (Biasa, Segera, atau Bahaya kepada murid / orang ramai), "Butiran" dan "Foto (sehingga 4)". Tekan "Lapor aduan".

  3. 3

    Semakan

    Sekolah: PK HEM, GB, YDP atau Setiausaha. Persatuan: Timbalan Pengerusi, Penasihat, Pengerusi atau Setiausaha. Mereka memilih "Sahkan, bawa kepada GB / PIBG" (persatuan: "Sahkan, bawa kepada Pengerusi / AJK") atau "Tutup, tiada tindakan".

  4. 4

    Keputusan

    Pilih bilangan sebut harga yang diperlukan (1 hingga 3). Sekolah memilih "Tindakan sekolah / PPD" atau "Dibiayai PIBG (sebut harga + undian AJK)". Persatuan memilih "Rujuk pihak lain (pemilik premis / PBT)" atau "Dibiayai persatuan (sebut harga + undian AJK)".

  5. 5

    Kumpul sebut harga

    Isi "Nama syarikat", "Jumlah (RM)", "Catatan" dan lampirkan dokumen. Tekan "+ Tambah sebut harga".

  6. 6

    Undian AJK

    Bila cukup sebut harga, YDP / Pengerusi atau Setiausaha menekan "Buka undian AJK". AJK mengundi "Setuju (sebut harga dipilih)" atau "Tidak setuju".

  7. 7

    Tutup undian

    YDP / Pengerusi atau Setiausaha memilih sebut harga dan dana, kemudian "Tutup undian & putuskan". Jika majoriti setuju, sebut harga itu menjadi komitmen dalam dana. Jika tidak, aduan ditutup.

  8. 8

    Siap

    Selepas dibaiki, isi "Catatan penyelesaian" dan "Foto selepas (sehingga 4)", kemudian tekan "Tandakan siap".

Perkara penting

  • Aduan yang belum diundi, belum diluluskan dan tiada komitmen kewangan boleh dipadam dengan "Padam aduan ini" (foto dan sebut harganya turut dipadam). Selepas itu gunakan keputusan Tolak.
  • Ibu bapa dan ahli biasa tidak dapat melihat modul aduan.
  • Gunakan "Tambah catatan" di bahagian "Sejarah" untuk mencatat perkembangan.

Berkaitan

Masih keliru? Hantar tiket bantuan