7 langkah

Dana, lejar, perbelanjaan dan komitmen

Lihat baki setiap dana, rekod perbelanjaan, pindahan antara dana dan komitmen.

Buka fungsi ini
Video tutorial · contoh persatuanLangkahnya sama untuk sekolah dan persatuan; hanya nama dan data contoh berbeza.
  1. 1

    Buka "Dana & baki"

    Kad di atas menunjukkan baki bank, baki bersih PIBG atau persatuan, wang yang dipegang untuk tujuan lain, dan komitmen. Tab "Ringkasan" menunjukkan baki ikut dana.

  2. 2

    Lihat lejar

    Tab "Lejar" menyenaraikan setiap wang masuk dan keluar. Tekan nama dana untuk menapis.

  3. 3

    Rekod perbelanjaan / terimaan lain

    Tab "Rekod & pindahan": pilih "Jenis" (Perbelanjaan atau Terimaan lain), "Dana", "Keterangan", "Jumlah (RM)" dan "Tarikh". Tekan "Rekod". Dana tidak boleh menjadi negatif.

  4. 4

    Baca resit dengan AI

    Untuk perbelanjaan, tekan "Baca resit dengan AI" dan ambil gambar resit (atau pilih dari galeri). AI mengisi "Jumlah (RM)", "Tarikh", "Keterangan", "Kategori", peniaga, nombor resit dan kaedah bayaran. Ruangan yang tidak jelas pada resit dibiarkan kosong untuk anda isi. Semak semuanya, kemudian tekan "Rekod". Tekan "Lampir gambar sahaja" jika mahu menyimpan gambar tanpa AI.

    1 kredit AI setiap resit yang berjaya dibaca; percuma jika tidak dapat dibaca. Tersedia untuk semua pakej. Tekan "Langkau" untuk berhenti menunggu dan isi sendiri.

  5. 5

    Pindahan antara dana

    Di kad "Pindahan antara dana", pilih "Dari dana" dan "Ke dana", isi jumlah dan "Sebab / keputusan mesyuarat", kemudian tekan "Luluskan pindahan". Jika "Dari dana" ialah dana tujuan khusus (terhad), pilih asas pindahan; wang hanya berpindah selepas ahli kewangan lain meluluskannya.

  6. 6

    Dana baharu

    Di kad "Dana baharu", isi "Nama dana" dan pilih "Jenis": tujuan khusus (wang dengan syarat penderma atau pemberi geran), ditetapkan AJK (wang sendiri yang diasingkan, cth. rizab kecemasan; boleh dipindah semula ke Dana Am dengan keputusan mesyuarat) atau wang tumpang (dipegang bagi pihak lain). Tekan "Cipta dana".

  7. 7

    Komitmen

    Tab "Komitmen": isi "Perkara", "Dana" dan "Jumlah (RM)", tekan "Rekod komitmen". Kemudian tekan "Tandakan dibayar" atau "Batal".

Perkara penting

  • Resit yuran masuk ke dana secara automatik; resit yang dibatalkan diterbalikkan dalam lejar.
  • Hanya YDP / Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari boleh merekod. Guru Besar boleh melihat.
  • Gambar resit dikecilkan dalam telefon (lebih kurang 300KB) dan maklumat lokasi dibuang sebelum disimpan secara peribadi. Hanya satu salinan disimpan. Gambar yang tidak dilampirkan pada sebarang rekod dipadam selepas 24 jam.
  • Di tab "Lejar", tekan "Lihat resit" pada perbelanjaan untuk membuka gambar resitnya.

Berkaitan

Masih keliru? Hantar tiket bantuan