5 langkah

Daftar persatuan atau NGO baharu

Surau, persatuan penduduk, alumni atau kelab boleh mendaftar sendiri secara percuma.

Buka fungsi ini
Video tutorial · contoh persatuan
  1. 1

    Log masuk

    Log masuk di rembuk.my dengan emel anda.

  2. 2

    Pilih "Daftar persatuan baharu"

    Di halaman "Selamat datang", tekan kad "Daftar persatuan baharu".

  3. 3

    Isi nama

    Isi "Nama penuh persatuan" seperti dalam sijil pendaftaran, contohnya "Surau Al-Hidayah Taman Seri Harmoni".

  4. 4

    Pilih kategori

    Pilih "Kategori pertubuhan (ikut eROSES)": Keagamaan, Kebajikan, Sosial, Faedah Bersama (Khairat Kematian), Hak Asasi, Ikhtisas, Kebudayaan dan Kesenian, Keselamatan, Perdagangan, Politik atau Rekreasi.

    Surau dan masjid: pilih Keagamaan. Persatuan penduduk dan alumni: biasanya Sosial. Kelab sukan: Rekreasi.

  5. 5

    Tekan "Daftar percuma"

    Persatuan anda siap dan anda menjadi Pengerusi. Anda terus dibawa ke papan pemukanya. Langkah seterusnya: lengkapkan Tetapan dan jemput AJK.

Perkara penting

  • Percuma sehingga 30 ahli. Naik taraf bila-bila masa: Mikro RM29, Komuniti RM59, Pro RM99 sebulan. Bayaran dalam talian dan laman awam bermula dari pakej Mikro.
  • Satu akaun boleh mendaftar sehingga 2 persatuan.
  • Sekolah (PIBG) didaftarkan oleh pasukan Rembuk; hubungi kami untuk mendaftar sekolah anda.

Berkaitan

Masih keliru? Hantar tiket bantuan