6 langkah

Senaraikan institusi dalam Direktori Derma

Direktori awam di rembuk.my/direktori-derma membantu penderma mencari institusi anda. Senarai yang disahkan HQ memaparkan butang Derma ke kempen derma anda sendiri.

Buka fungsi ini
Video tutorial · contoh persatuanLangkahnya sama untuk sekolah dan persatuan; hanya nama dan data contoh berbeza.
  1. 1

    Buka Tetapan, Direktori Derma

    Pengerusi / YDP, Setiausaha atau Bendahari buka Tetapan dan tekan "Direktori Derma". Nama, negeri, daerah, telefon, emel dan nombor pendaftaran diisi awal daripada profil organisasi.

  2. 2

    Lengkapkan maklumat

    Pilih jenis institusi, tandakan "Keperluan semasa" (makanan, yuran, binaan, perubatan dan lain-lain), tulis profil ringkas dan pilih badan pendaftaran (ROS, JKM, Majlis / Jabatan Agama Islam Negeri, KPM).

  3. 3

    Dokumen pendaftaran (sulit)

    Pilih sijil yang sudah ada dalam Dokumen organisasi atau muat naik baharu. Dokumen hanya dilihat oleh Rembuk HQ.

  4. 4

    Pilih kempen untuk butang Derma

    Pilih satu kempen derma yang aktif. Penderma dibawa ke laman kempen itu dan wang masuk ke akaun institusi melalui kaedah bayaran anda (gateway sendiri atau pindahan bank).

  5. 5

    Gambar dengan izin

    Tambah sehingga 6 gambar dan tandakan pengesahan izin. Jangan muat naik gambar kanak-kanak tanpa izin penjaga.

  6. 6

    Tandakan "Mohon pengesahan HQ" dan hantar

    HQ menyemak dokumen, menghubungi telefon atau emel rasmi dan memastikan akaun penerima atas nama institusi. Selepas itu senarai dipaparkan dengan lencana Disahkan.

Perkara penting

  • Senarai Belum disahkan hanya memaparkan maklumat: tiada butang bayaran dan tiada nombor akaun.
  • Jika anda menukar akaun bank, DuitNow QR, kunci gateway atau akaun Rembuk Pay, butang Derma disembunyikan sehingga HQ menyemak semula. Ini melindungi penderma daripada pengambilalihan akaun.
  • Menukar nama atau nombor pendaftaran membatalkan pengesahan sehingga HQ menyemak semula.

Soalan lazim

Institusi kami sudah dicadangkan oleh orang ramai?

Di halaman yang sama, gunakan "Tuntut senarai sedia ada": cari nama, isi jawatan dan hubungan rasmi, dan pilih sijil pendaftaran. HQ akan menghubungi nombor rasmi sebelum meluluskan.

Boleh keluar daripada direktori?

Ya. Tekan "Tarik daripada direktori" dan senarai hilang serta-merta.

Berkaitan

Masih keliru? Hantar tiket bantuan