5 langkah

Infak Niaga: terima peniaga dan sahkan serahan

Peniaga makanan dan minuman boleh berinfak kepada institusi anda yang disahkan. Anda menerima kerjasama dan mengesahkan setiap serahan yang benar-benar diterima.

Buka fungsi ini
Video tutorial · contoh persatuanLangkahnya sama untuk sekolah dan persatuan; hanya nama dan data contoh berbeza.
Video tutorial · contoh persatuanLangkahnya sama untuk sekolah dan persatuan; hanya nama dan data contoh berbeza.
  1. 1

    Terima permohonan

    Apabila peniaga memilih institusi anda, Pengerusi / YDP, Setiausaha atau Bendahari menerima emel dan notifikasi. Buka Kewangan, Infak Niaga, semak ikrar dan tekan "Terima kerjasama" (pilih dana untuk merekod infak) atau "Tolak".

  2. 2

    Derma QR terus kepada anda

    Selepas diterima, Rembuk membuka kempen derma "Infak Niaga" atas nama institusi anda. Poster QR di kaunter peniaga membawa pelanggan ke laman yang membayar terus kepada institusi, bukan kepada peniaga.

  3. 3

    Sahkan setiap serahan

    Peniaga melaporkan wang yang diserahkan dengan bukti. Semak akaun bank atau tunai dengan resit, kemudian tekan "Sahkan diterima". Jumlah direkod dalam Dana sebagai Infak Niaga dan dipaparkan sebagai disahkan kepada orang ramai.

  4. 4

    Pertikai jika wang tidak diterima

    Tekan "Pertikai" dengan sebab. Anda juga boleh menarik balik pengesahan dalam 30 hari; rekod dana dibatalkan secara automatik. Dua pertikaian menggantung kempen untuk semakan HQ.

  5. 5

    Tamatkan bila-bila masa

    Tekan "Tamatkan kerjasama" untuk menghentikan kempen. Kempen derma QR ditutup serta-merta.

Perkara penting

  • Peniaga yang juga AJK institusi anda tidak boleh mengesahkan kempennya sendiri.
  • Zakat tidak boleh dikutip melalui Infak Niaga. Semua makanan dan minuman mesti mematuhi akuan bahan peniaga (tiada khinzir, tiada lemak khinzir, tiada alkohol termasuk dalam masakan). Akuan ini bukan pensijilan halal.

Soalan lazim

Serahan tidak disahkan dalam 14 hari?

Kempen menunjukkan amaran kepada orang ramai dan Rembuk HQ dimaklumkan. Sahkan atau pertikai secepat mungkin.

Berkaitan

Masih keliru? Hantar tiket bantuan