E-sijil penyertaan untuk peserta program
Jana sijil penyertaan untuk peserta program. Setiap peserta dapat pautan dan kod QR sendiri untuk melihat, mencetak atau menyimpan sijil sebagai PDF, dan sesiapa boleh menyemak sijil itu tulen.
Buka fungsi ini- 1
Buka "E-sijil"
Dari papan pemuka, tekan jubin "E-sijil". Isi "Nama program", tarikh, tempat dan penandatangan, kemudian tekan "Cipta set sijil".
- 2
Tambah penerima
Di kad "Tambah penerima", pilih "Tampal senarai nama" (satu nama setiap baris, boleh tambah emel dan telefon) atau "Dari Laman Minat" untuk semua pendaftar program. Tekan "Tambah penerima".
- 3
Tandatangan (pilihan)
Muat naik gambar PNG tandatangan penandatangan. Ia dipaparkan pada sijil sahaja.
- 4
Pilih reka bentuk
Di kad "Reka bentuk sijil", pilih Klasik, Moden, Elegan atau Minimal. Semua menggunakan logo dan warna organisasi; "Warna kedua" boleh diubah. Taip nama contoh atau tekan "Cuba nama panjang" untuk melihat pratonton, kemudian tekan "Simpan reka bentuk".
- 5
Reka bentuk sendiri (pilihan)
Pilih "Reka bentuk sendiri" dan muat naik gambar latar A4 landskap (PNG atau JPG, maksimum 3MB, terbaik 3508 x 2480 piksel) yang anda reka di Canva, tanpa nama peserta. Laraskan kedudukan nama, warna tulisan, jenis huruf dan bucu kod QR, pilih sama ada nama program dan tandatangan dipaparkan, kemudian tekan "Simpan reka bentuk".
Biarkan ruang kosong untuk nama dan di bucu bawah untuk kod QR. Reka bentuk boleh diubah sehingga peserta pertama menerima sijil; selepas itu ia dikunci supaya semua sijil sama.
- 6
Pratonton dan terbitkan
Tekan "Pratonton" untuk melihat semua sijil. Bila betul, tekan "Terbitkan sijil".
- 7
Kongsi
Untuk setiap penerima: "Buka", "Salin pautan" atau "WhatsApp". "Hantar emel" menghantar pautan kepada yang ada emel (dikira dalam kuota emel bulanan). "Cetak semua" untuk sijil bercetak.
- 8
Batalkan sijil
Jika sijil diberi kepada orang yang salah, tekan "Batalkan". Pautannya kini menunjukkan sijil tidak sah. "Pulihkan" untuk membatalkan tindakan itu.
- 9
Sijil selepas maklum balas (2 QR)
Di Laman Minat program, tekan "E-sijil selepas maklum balas" (set sijil dicipta dengan tajuk, tarikh dan tempat program). Atau di kad "QR sebelum & selepas sesi", buka "Tetapan maklum balas & soalan" dan pilih pendaftaran: Laman Minat, acara bertiket / webinar, atau sesiapa yang ada pautan. Ubah soalan jika perlu (skala 1 hingga 5, jawapan bertulis atau pilih satu), kemudian tekan "Buka borang maklum balas".
- 10
Kongsi QR 1 dan QR 2
QR 1 (sebelum sesi) membawa peserta ke pendaftaran. QR 2 (tamat sesi) membawa ke borang maklum balas: peserta isi nama untuk sijil, nombor telefon yang didaftarkan dan jawapan, kemudian sijil terus dipaparkan (dan dihantar ke emel jika diisi). Tekan "Cetak poster QR" untuk poster A4, atau tayang QR 2 pada slaid terakhir webinar.
- 11
Baca maklum balas
Kad "Maklum balas" menunjukkan purata setiap soalan skala, kiraan setiap pilihan dan semua jawapan bertulis. Tekan "Muat turun CSV" untuk laporan program.
- 12
Ringkaskan maklum balas dengan AI (pilihan)
Di bahagian "Ringkasan maklum balas", tekan "Ringkaskan dengan AI". AI mengumpulkan jawapan bertulis kepada tema utama, perkara paling disukai peserta dan cadangan untuk program akan datang. Ubah jika perlu dan tekan "Simpan suntingan".
Nama dan nombor telefon peserta tidak dihantar kepada AI. 1 kredit AI setiap ringkasan.
Perkara penting
- Pakej percuma: 50 sijil sebulan. Pakej berbayar: tanpa had.
- Penerima menyimpan PDF dengan menekan "Cetak / simpan PDF" dan memilih Simpan sebagai PDF, saiz A4, landskap.
- Setiap sijil ada kod QR ke laman pengesahannya sendiri.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan