Laman minat: kumpul nama dan WhatsApp orang yang berminat
Bina laman ringkas untuk ahli baharu, program, sukarelawan, kelas, kempen atau penaja. Selepas daftar, orang itu terus nampak pautan kumpulan WhatsApp atau Telegram anda dan boleh menerima emel terima kasih.
Buka fungsi ini- 1
Buka "Laman minat"
Di papan pemuka, tekan "Laman minat". Secara asal, Pengerusi / YDP, Timbalan Pengerusi persatuan dan Setiausaha boleh mengurusnya. Pengerusi atau Setiausaha boleh memberi akses kepada AJK lain di Tetapan > Akses ("Laman minat & senarai pendaftar minat").
- 2
Pilih templat atau bina dengan AI
Tekan salah satu daripada enam templat (Sertai Ahli, Program / Acara, Sukarelawan, Kelas / Bengkel, Kempen / Sokongan, Rakan Penaja). Nama organisasi dan contoh teks diisi sendiri, percuma. Atau taip 1 hingga 3 ayat dan tekan "Bina dengan AI" (3 kredit AI, hanya jika berjaya): AI memilih templat dan menulis semua teks.
Contoh ayat: "Kelas mengaji percuma untuk remaja setiap Sabtu pagi di surau. Kami mahu kumpul nombor ibu bapa yang berminat."
- 3
Ubah blok
Laman dibina daripada blok: kepala laman, manfaat, tentang kami, butiran program, penceramah, galeri, video, kata mereka, angka impak, soalan lazim, kiraan detik, tempat terhad, borang dan seruan akhir. Tekan blok untuk mengubahnya, guna anak panah untuk menyusun, salin atau buang. Pratonton menunjukkan rupa laman di telefon.
- 4
Tulis semula dengan AI
Dalam blok teks, tekan "Tulis semula dengan AI" (1 kredit) dan taip gaya jika mahu, contohnya "lebih ringkas". Semak teks baharu sebelum menekan Simpan.
- 5
Tetapkan borang
Di tab Borang, nama dan nombor WhatsApp sentiasa ditanya. Pilih sama ada emel tidak ditanya, pilihan atau wajib, dan tambah sehingga 5 soalan (jawapan bebas atau pilih satu). Teks persetujuan PDPA diisi dengan nama organisasi anda. No. Kad Pengenalan dan alamat tidak dikumpul.
- 6
Selepas daftar
Di tab Selepas daftar, tulis mesej terima kasih dan tambah sehingga 5 pautan (contohnya jemputan kumpulan WhatsApp chat.whatsapp.com atau saluran Telegram t.me). Pautan hanya dipaparkan kepada orang yang sudah mendaftar. Hidupkan "Hantar emel terima kasih" untuk menghantar emel dengan pautan itu sebagai butang; {nama}, {organisasi} dan {tajuk} diganti sendiri.
- 7
Tema laman
Di tab Kandungan, bahagian "Tema laman": pilih Warna persatuan atau satu daripada 10 warna, atau taip warna sendiri, dan pilih gaya Moden, Ceria, Elegan, Berani atau Minimal. Pratonton berubah serta-merta. Tema hanya untuk laman ini.
Untuk pakej Komuniti, Rembuk Sekolah dan Pro. Warna sendiri yang menyebabkan teks putih sukar dibaca ditolak, dengan cadangan versi lebih gelap. Dalam blok Manfaat, tulis "Tajuk: teks" supaya tajuk dipaparkan tebal.
- 8
Simpan, buka dan kongsi
Tekan Simpan, kemudian "Buka laman". Tekan "Kongsi & kod QR" untuk menyalin pautan, berkongsi ke WhatsApp atau memuat turun kod QR untuk poster.
- 9
Hubungi pendaftar
Tekan "Pendaftar" untuk melihat senarai. Tekan nombor telefon untuk membuka WhatsApp dengan mesej salam yang siap ditulis. Kemas kini status (Baru, Sudah dihubungi, Berminat, Tidak berminat) dan catatan supaya AJK lain tahu. Tekan "Muat turun CSV (Excel)" untuk hamparan.
- 10
Hebahan emel kepada pendaftar
Di halaman Pendaftar, kad "Hebahan emel kepada pendaftar" menghantar satu emel kepada semua pendaftar laman itu yang mengisi emel. Isi tajuk dan kandungan ({nama} diganti dengan nama pendaftar), kemudian tekan Hantar. Pendaftar yang bertanda Tidak berminat atau sudah berhenti langgan tidak menerimanya, dan setiap emel ada pautan berhenti langgan.
Satu kuota emel sebulan ikut pakej, dikongsi dengan Hebahan kepada ahli: Percuma 50, Mikro 1,500, Komuniti 5,000, Pro 10,000, Rembuk Sekolah 8,000. Jika tidak cukup, beli emel tambahan di halaman Langganan. Paling banyak 2 hebahan sehari bagi setiap laman. Tulis tentang perkara laman itu sahaja, kerana itu yang dipersetujui pendaftar.
Perkara penting
- Had laman dibuka pada satu masa ikut pakej: Percuma 1, Mikro 3, Komuniti dan Rembuk Sekolah 10, Pro tanpa had. Draf dan laman ditutup tidak dikira.
- Orang yang sama (nombor telefon sama) yang mendaftar semula pada laman yang sama tidak menjadi dua rekod: maklumatnya dikemas kini dan pautan selepas daftar dipaparkan semula. Ini cara mudah untuk pendaftar yang terlepas pautan kumpulan WhatsApp. Emel terima kasih dihantar paling banyak sekali sehari bagi setiap pendaftar.
- Pilihan "Tambah setiap pendaftar ke Kenalan" menyimpan nama, telefon dan emel ke Kenalan untuk semua AJK (dikira dalam had kenalan).
- Setiap pendaftar baharu muncul dalam loceng Perlu tindakan dan sebagai notifikasi telefon kepada AJK yang mengurus laman minat.
- Nama dan nombor pendaftar ialah data peribadi. Gunakan untuk urusan laman itu sahaja dan padam jika diminta.
Soalan lazim
Kenapa butang Buka laman tidak berjaya?
Had laman dibuka bagi pakej anda mungkin sudah dicapai. Tutup laman lain dahulu atau naik taraf pakej di halaman Langganan.
Pendaftar tidak terima emel?
Emel hanya dihantar jika pendaftar mengisi emel dan "Hantar emel terima kasih" dihidupkan. Minta mereka semak folder Spam atau Promosi.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan