Ibu bapa & ahli: mula menggunakan Rembuk
Lihat anak atau keahlian anda, invois, acara dan hebahan dalam satu tempat.
Buka fungsi iniVideo tutorial · contoh sekolahLangkahnya sama untuk sekolah dan persatuan; hanya nama dan data contoh berbeza.
- 1
Log masuk dengan emel yang diberi kepada organisasi
Di rembuk.my, tekan "Log masuk", taip emel anda dan buka pautan dalam emel.
- 2
Pilih sekolah atau persatuan
Di halaman "Selamat datang", tekan "Buka papan pemuka" pada kad organisasi anda.
Tiada organisasi dipaparkan? Emel anda mungkin berbeza dengan rekod. Ibu bapa: minta Bendahari PIBG menyemak emel penjaga. Ahli: minta Setiausaha menyemak emel anda dalam daftar ahli.
- 3
Papan pemuka anda
Kad "Anak saya" (persatuan: "Keahlian saya") menunjukkan jumlah "Perlu dibayar" dan senarai invois. Di bawahnya ada kad "Akan datang", hebahan terkini dan "Terima kasih, Rakan Penaja".
- 4
Pasang di telefon
Pasang Rembuk di skrin utama dan hidupkan notifikasi supaya tidak terlepas hebahan.
Berkaitan
← SebelumIbu bapa & ahli: rakan penaja dan tawaran khasSeterusnya →Ibu bapa & ahli: bayar yuran dan dapatkan resit
Masih keliru? Hantar tiket bantuan