3 langkah

Pasang Rembuk di telefon & hidupkan notifikasi

Rembuk boleh dipasang seperti aplikasi dan menghantar notifikasi hebahan terus ke telefon.

Video tutorial · untuk semua
  1. 1

    iPhone: buka dalam Safari

    Buka rembuk.my dalam Safari (bukan Chrome), log masuk, kemudian tekan butang Kongsi dan pilih "Add to Home Screen".

    Pada iPhone, notifikasi hanya berfungsi selepas Rembuk dibuka dari ikon di skrin utama.

  2. 2

    Android: pasang dari Chrome

    Buka rembuk.my dalam Chrome, tekan menu ⋮ dan pilih "Install app" atau "Add to Home screen".

  3. 3

    Hidupkan notifikasi

    Di papan pemuka atau halaman Hebahan, cari kad "Hidupkan notifikasi" dan tekan "Hidupkan". Benarkan apabila telefon bertanya.

Perkara penting

  • Bila notifikasi sudah aktif, kad itu hilang dari papan pemuka. Untuk mematikannya, tekan "Matikan" di halaman Hebahan.

Soalan lazim

Kad menunjukkan "Notifikasi disekat"?

Notifikasi pernah ditolak. Buka tetapan pelayar / telefon untuk rembuk.my dan benarkan notifikasi semula.

Berkaitan

Masih keliru? Hantar tiket bantuan