Jualan tiket & meja acara (makan malam amal, majlis berbayar)
Jual meja dan tiket majlis melalui laman awam yang boleh dikongsi di WhatsApp. Pembeli bayar dalam talian melalui gateway organisasi sendiri (terus ke akaun organisasi) atau pindahan terus tanpa potongan, terima resit dan kod QR, dan didaftar masuk pada hari majlis.
Buka fungsi ini- 1
Buka "Jualan tiket & meja"
Dari papan pemuka, tekan jubin "Jualan tiket & meja", kemudian "Acara baharu".
- 2
Isi butiran majlis
Isi "Nama majlis", tarikh dan masa, "Tempat" dan "Alamat" (untuk Google Maps dan Waze), "Tentang majlis", "Atur cara" (satu baris setiap acara) dan muat naik poster. Pilih "Wang masuk ke dana" dan, jika ada, "Pautkan ke acara kalendar". Tekan "Cipta acara".
Pautkan ke program kalendar supaya kutipan tiket dipaparkan di halaman "Rancang program & bajet" berbanding anggaran perbelanjaan.
- 3
Tambah pakej
Di tab "Tetapan & pakej", tekan "Tambah pakej". Contoh: Meja VIP (10 orang) RM3,000, Meja Standard RM1,500, Tiket individu RM150, Tajaan acara. Isi "Orang / kerusi seunit" dan "Had kuantiti dijual" (kosongkan untuk tanpa had). Untuk harga istimewa ahli, isi "Harga ahli seunit", atau tandakan "Ahli sahaja".
- 4
Terbitkan dan kongsi
Tekan "Terbitkan & buka jualan". Di tab "Ringkasan", tekan "Kongsi di WhatsApp". Pembeli tidak perlu akaun; laman menunjukkan baki meja ("Tinggal 3") dan "Habis dijual".
- 5
Sahkan pindahan bank
Pembeli yang memilih pindahan memuat naik bukti. Di kad "Menunggu pengesahan", seorang AJK menyemak penyata akaun dan tekan "Wang sudah masuk akaun: rekod". Ahli kewangan lain kemudian tekan "Sahkan & hantar resit".
- 6
Daftar masuk pada hari majlis
Tekan "Daftar masuk". Imbas kod QR pada resit pembeli dengan kamera telefon, atau taip kod 8 aksara. Setiap pesanan hanya boleh didaftar sekali; skrin menunjukkan nama, pakej dan bilangan kerusi.
- 7
Affiliate & rujukan (pilihan)
Tekan "Affiliate & rujukan", tandakan "Buka program affiliate / rujukan" dan tetapkan komisyen: peratus daripada jumlah dibayar atau RM tetap bagi setiap tiket, meja, kerusi atau pesanan, dengan peringkat (contoh 1 hingga 4 pesanan 5%, 5 hingga 9 pesanan 7%, 10 ke atas 10%). Pilih siapa boleh menjadi affiliate. Setiap pembeli yang sudah bayar menerima kod rujukan, pautan dan kod QR di halaman tiket dan dalam emel resit.
Komisyen dikira untuk pesanan yang sudah dibayar sahaja. Organisasi membayar affiliate sendiri, kemudian tekan "Tanda sudah dibayar"; Bendahari boleh merekodkannya terus sebagai perbelanjaan dalam lejar dana majlis.
Perkara penting
- Acara tanpa sebarang pesanan boleh dipadam dengan "Padam acara ini" (pakej dan poster turut dipadam). Selepas ada pesanan, tutup jualan sahaja.
- Bayaran dalam talian (CHIP, toyyibPay, Billplz, senangPay, iPay88, Stripe, HitPay, Fiuu) disahkan automatik dan resit serta kod QR dihantar ke emel pembeli.
- Tempahan dalam talian yang tidak dibayar dilepaskan selepas 30 minit, jadi meja tidak tersekat.
- Muat turun "Senarai tetamu (CSV)" untuk susunan meja dan tag nama.
- Pesanan melalui telefon atau di kaunter: tab "Pesanan", "Rekod pesanan melalui telefon / di kaunter".
- Webinar: pilih "Jenis acara" Webinar atau Hibrid dan isi "Pautan webinar". Pautan Zoom / Meet tidak dipaparkan di laman awam; pembeli yang sudah dibayar menerima pautan peribadi "Sertai webinar" yang merekod masa masuk dan keluar. Lihat tab "Kehadiran" atau muat turun "Kehadiran (CSV)".
- Mesej selepas bayaran: di "Butiran majlis", isi "Mesej selepas bayaran" dan sehingga 4 pautan https (kumpulan Telegram atau WhatsApp, Webex, Zoom, Google Drive). Hanya pembeli yang bayarannya sudah disahkan melihatnya, di halaman tiket dan dalam emel resit.
- Harga ahli diberi hanya kepada ahli aktif (sekolah: keluarga murid aktif) yang log masuk dengan akaun mereka. Emel yang ditaip di borang tidak memberi harga ahli.
- Rujukan: pembeli mengisi "Kod rujukan" semasa membeli (diisi sendiri jika mereka membuka pautan rujukan). Kod sendiri dan kod majlis lain ditolak. Affiliate melihat bilangan rujukan, peringkat dan anggaran komisyen sahaja, bukan nama pembeli. Pesanan melalui telefon atau di kaunter boleh dipautkan kepada kod di halaman "Affiliate & rujukan".
- Jika wang pesanan dipulangkan atau pesanan dibatalkan di luar Rembuk, tekan "Pesanan dipulangkan / dibatalkan" pada pesanan itu di halaman "Affiliate & rujukan" supaya komisyen dikira semula. Muat turun "Laporan komisyen (CSV)" untuk senarai bayaran.
Soalan lazim
Siapa boleh menyusun acara?
Pengerusi / YDP, Setiausaha dan (sekolah) Guru Besar. Tukar di Tetapan, "Akses mengikut jawatan", baris "Jualan tiket & meja acara".
Siapa boleh daftar masuk tetamu?
Semua AJK dan guru yang ada akaun Rembuk organisasi. Kongsi pautan skrin "Daftar masuk" kepada petugas kaunter.
Pembeli tidak terima emel?
Semak folder Spam / Promosi. Di tab "Pesanan", tekan "Hantar semula resit".
Siapa membayar komisyen affiliate?
Organisasi sendiri, melalui pindahan bank, DuitNow atau tunai. Bayaran tiket masuk terus ke akaun organisasi; Rembuk hanya mengira komisyen dan merekod "Tanda sudah dibayar".
Bagaimana beri pautan kumpulan Telegram atau WhatsApp hanya kepada pembeli?
Di tab "Tetapan & pakej", kad "Butiran majlis", isi "Mesej selepas bayaran" dan tampal pautan https (contohnya https://t.me/... atau https://chat.whatsapp.com/...). Simpan. Pembeli melihatnya selepas bayaran disahkan, di halaman tiket dan dalam emel resit; laman jualan awam tidak memaparkannya.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan