7 langkah

Siapa boleh lihat kewangan

Akses kewangan ikut skop tugas: semua AJK nampak ringkasan, butiran untuk pemegang jawatan utama, dan hanya pemegang wang boleh merekod serta mengesahkan bayaran.

Buka fungsi ini
Video tutorial · contoh persatuanLangkahnya sama untuk sekolah dan persatuan; hanya nama dan data contoh berbeza.
  1. 1

    Ringkasan untuk semua AJK

    Baki dana, masuk dan keluar tahun ini, peratus kutipan yuran dan bajet program. Tiada nama individu. Buka "Ringkasan kewangan" di papan utama.

  2. 2

    Butiran untuk pemegang jawatan

    Lejar, bayaran individu dan siapa sudah atau belum bayar: Pengerusi / YDP, Timbalan Pengerusi (persatuan), Bendahari, Setiausaha dan Penasihat / Guru Besar.

  3. 3

    Rekod dan sahkan wang

    Persatuan: Bendahari, Bendahari 2, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. Sekolah: Bendahari, Setiausaha dan YDP PIBG. Setiap bayaran mesti disahkan oleh orang kedua, bukan perekod.

  4. 4

    Ubah ikut keperluan

    Pengerusi (atau Timbalan Pengerusi persatuan) boleh mengubah akses di Tetapan > Akses mengikut jawatan. Setiausaha boleh mengubah akses bukan kewangan sahaja. Setiap perubahan direkod dalam log.

  5. 5

    Senarai ahli & hubungan

    Suis "Lihat senarai ahli & hubungan" menentukan siapa boleh melihat nama, telefon dan emel ahli atau keluarga. Tetapan asal: Setiausaha, Bendahari, Penasihat / Guru Besar dan PK HEM. Sesiapa yang boleh mengurus ahli juga boleh melihat senarai. Ahli dan penaja tidak pernah boleh.

  6. 6

    Akses Timbalan Pengerusi (persatuan)

    Di kad "Timbalan & Pemangku Pengerusi", Pengerusi memilih "Sama seperti Pengerusi" (tetapan asal) atau "Ikut akses yang saya tetapkan". Jika dipilih yang kedua, Timbalan tidak lagi membuat kelulusan Pengerusi dan Pengerusi menetapkan aksesnya dalam jadual.

  7. 7

    Lantik Pemangku Pengerusi

    Pada kad yang sama, pilih AJK, tarikh mula, tarikh tamat, sebab dan rujukan minit, kemudian tekan "Lantik pemangku". Dalam tempoh itu pemangku boleh membuat semua tindakan Pengerusi. Pelantikan tamat sendiri selepas tarikh tamat, atau tekan "Tamatkan sekarang". Pemangku tidak boleh melantik pemangku lain atau menukar tetapan ini.

Perkara penting

  • Pengerusi / YDP sentiasa mempunyai semua akses. Timbalan Pengerusi persatuan juga, kecuali Pengerusi memilih "Ikut akses yang saya tetapkan".
  • Rembuk tidak membenarkan perubahan yang tinggal kurang daripada 2 orang yang boleh mengesahkan wang.

Berkaitan

Masih keliru? Hantar tiket bantuan