Kawalan kewangan: kelulusan program, tuntutan, pendahuluan, derma dan semakan bayaran
Rembuk menyediakan semakan; Pengerusi menetapkan nilainya ikut perlembagaan (dengan rujukan minit). Setiap semakan boleh ditutup, diberi amaran sahaja, atau disekat. Mod Asas bermula ringan; Mod Nasional lebih ketat.
Buka fungsi ini- 1
Tetapkan nilai
Pengerusi buka "Tadbir urus", kad "Kawalan kewangan tambahan". Nilai bertanda "Contoh permulaan" belum ditetapkan organisasi. Ubah, isi rujukan minit dan tekan "Simpan kawalan kewangan".
- 2
Siapa meluluskan program dan tuntutan
Di "Mod & Had Kuasa", kad "Kelulusan bajet program ikut nilai" dan "Kelulusan tuntutan & pendahuluan": tetapkan had setiap anak tangga, siapa dan berapa orang meluluskan, bila perlu minit mesyuarat dan bila perlu dimaklumkan di Mesyuarat Agung. Tekan "Isi ikut perlembagaan" untuk mengisi had pertama daripada perlembagaan yang diimport.
- 3
Luluskan bajet program
Di Kalendar, pelulus tandakan akuan tiada konflik kepentingan, isi minit jika diminta, dan tekan "Luluskan". Orang yang menghantar bajet tidak meluluskannya sendiri; jika dia satu-satunya pemegang jawatan pelulus, kelulusan beralih kepada Timbalan, Bendahari atau Setiausaha. Bajet program sehingga had "Bajet program tanpa kelulusan" (contoh Mod Asas RM500) terus direkod oleh mana-mana AJK. Untuk keadaan mendesak, Pengerusi boleh meluluskan secara kecemasan; ia mesti disahkan dalam mesyuarat dalam tempoh yang ditetapkan.
- 4
Tuntutan perbelanjaan
Di "Tuntutan & pendahuluan", isi tajuk dan baris (resit dengan gambar, atau perjalanan dalam km), kemudian "Hantar tuntutan". Pelulus ikut nilai meluluskan; Bendahari menyediakan bayaran; penandatangan lain meluluskannya dan bayaran direkod dalam lejar ikut kategori.
- 5
Pendahuluan
Jika dibenarkan, mohon pendahuluan dengan tujuan dan jumlah. Selepas dibayar, jelaskan dengan resit sebelum tarikh akhir; baki dipulangkan atau tambahan dibayar. Seorang hanya boleh ada satu pendahuluan terbuka.
- 6
Wang masuk
Derma tanpa nama melebihi had yang ditetapkan perlu nama dan No. KP penderma (disimpan rahsia). Tandakan "Dana luar negara" pada derma atau tajaan dari luar negara; jumlahnya muncul dalam Penyata Tahunan ROS. Di "Tunai ke bank", rekod tarikh dan slip deposit bagi tunai yang diterima.
- 7
Semakan bayaran perolehan
Selepas barang diterima, rekod nilai diterima dan jumlah invois (padanan 3 hala) dan minta AJK lain menjadi saksi. Bila akaun bank vendor ditukar, pengurus daftar vendor yang lain mesti mengesahkannya (contohnya panggilan ke nombor berdaftar) sebelum bayaran.
- 8
Organisasi kecil (Mod Asas)
Di kad "Organisasi kecil: pengasingan tugas & kelulusan", Pengerusi memilih sama ada orang yang sama boleh meneruskan dengan sebab bertulis (sekurang-kurangnya 10 aksara), sama ada perekod cek boleh menjelaskan cek sendiri dengan rujukan penyata bank, sama ada keputusan mesyuarat penuh AJK menggantikan bilangan kelulusan, had bajet program tanpa kelulusan, dan selepas berapa hari ahli yang menunggu bayaran tuntutan dikira mendesak.
Jika tindakan ditolak, mesej menyebut siapa yang boleh membuatnya. Rekod dengan sebab ditanda untuk juruaudit dan disenaraikan untuk Mesyuarat Agung. Mod Nasional sentiasa memerlukan orang lain.
Perkara penting
- Semua item yang menunggu (kelulusan, bayaran, pendahuluan lewat, tunai belum dibankkan, akaun bank vendor) muncul dalam Perlu tindakan.
- Varians bajet kini ditanda hanya bila melebihi peratus dan jumlah minimum yang ditetapkan.
- Di Tunai ke bank, tunai yang disimpan untuk wang runcit boleh ditolak daripada jumlah yang perlu dibankkan.
- Dalam Mod Asas, Perlu tindakan hanya menanda tuntutan sebagai mendesak bila ahli menunggu bayaran melebihi bilangan hari yang ditetapkan (contoh 14 hari).
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan