Tadbir urus: bajet, aliran tunai, risiko, aset, wang runcit dan bank
Kawalan yang dilihat pemberi dana, di satu tempat. Rembuk sediakan aliran; organisasi tetapkan nilainya sendiri ikut perlembagaan.
Buka fungsi ini- 1
Kenali tiga kumpulan
Halaman "Tadbir urus" disusun ikut tiga kumpulan: "Mula di sini" (asas setiap organisasi), "Bila ada wang atau program" dan "Lanjutan" (dilipat dalam Mod Asas). Tekan "i" pada mana-mana jubin untuk tahu apa fungsinya, bila perlu, siapa guna dan satu contoh. Setiap halaman juga ada panel "Apa halaman ini?" di bahagian atas.
- 2
Tetapkan nilai kawalan
Pengerusi buka "Tadbir urus", tekan bahagian "Tetapan kawalan (Pengerusi)" di bawah jubin, dan isi nilai: varians bajet yang perlu ulasan, baki tunai minimum, had daftar aset dan hadiah, had wang runcit. Simpan dengan rujukan minit.
- 3
Bajet & aliran tunai
Bendahari tekan "Jana daripada tahun lepas" atau isi baris bajet; Pengerusi meluluskan dengan rujukan minit. Laporan bajet berbanding sebenar dan unjuran 12 bulan dijana sendiri daripada lejar.
- 4
Daftar risiko
Pilih contoh risiko lazim, tetapkan kebarangkalian, impak, pemilik dan mitigasi. Risiko tinggi yang tidak disemak 90 hari muncul dalam Perlu tindakan.
- 5
Aset, hadiah dan wang runcit
Daftar aset (atau terus dari perolehan yang dibayar), rekod hadiah, dan urus wang runcit: penjaga merekod baucar dengan resit, penandatangan lain meluluskan tambah semula.
- 6
Akaun bank & penandatangan
Rekod akaun bank (4 digit akhir sahaja) dan penandatangan dengan minit. Bila AJK berhenti, tarik dan tanda bank sudah dimaklumkan secara bertulis.
- 7
Dana Islam dan resit 44(6)
Tandakan dana zakat, wakaf atau sedekah khusus. Zakat dikunci sehingga surat wakalah atau tauliah amil yang sah dimuat naik. Dalam Mod Asas, selepas surat tamat agihan masih dibenarkan dalam tempoh tangguh (contoh 30 hari) dan direkod; tanpa wakalah langsung agihan sentiasa disekat. Korpus wakaf tidak boleh dibelanja. Jika ada kelulusan 44(6), rekod rujukannya dan keluarkan resit rasmi untuk derma wang.
- 8
KPI dan Skor Kesediaan Dana
Rekod KPI dan penilaian setiap program. Skor Kesediaan Dana menunjukkan apa yang belum lengkap; Pengerusi boleh membuka Profil Tadbir Urus untuk dikongsi dengan pemberi dana.
- 9
Integriti dan polisi
Buka saluran aduan integriti (boleh tanpa nama) dan lantik Pegawai Pematuhan, ahli Jawatankuasa Audit & Risiko dan fokal PSEA. Pautkan 12 polisi wajib dengan dokumen dan minit kelulusannya.
- 10
Mod Nasional: projek, cawangan, saringan
Dalam Mod Nasional (Pakej Pro): cipta projek dengan baris bajet dan lokasi untuk Laporan Perbelanjaan Projek, jemput cawangan dengan kod, dan saring vendor terhadap senarai sekatan PBB (dikemas kini setiap minggu).
Perkara penting
- Semua nilai boleh diubah oleh Pengerusi dengan rujukan mesyuarat; setiap perubahan direkod.
- Bayaran perolehan kini dikira ikut kategori perbelanjaan dalam Penyata Akaun.
- Mod Asas memberi amaran; Mod Nasional menyekat. Skor Kesediaan Dana dalam Mod Asas tidak mengira daftar risiko dan KPI.
- PIBG: hanya AJK sebenar dikira dan meluluskan (YDP, Setiausaha, Bendahari, Guru Besar, dan guru yang ada dalam senarai AJK aktif). Penyata ROS dan LHDN 44(6) tidak terpakai.
- Gambar resit tuntutan, wang runcit dan perolehan disimpan dalam ruang berasingan dan tidak mengurangkan ruang Peti dokumen.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan