Kertas kerja program dengan AI
Isi fakta program; AI menulis kertas kerja format rasmi yang sedia dicetak.
Buka fungsi ini- 1
Mula
Kertas kerja → di kad "Kertas kerja baharu", taip nama program → "Mula".
- 2
Langkah 1: butiran
Isi tarikh, masa, tempat, "Anjuran", "Kumpulan sasaran", "Bilangan peserta" dan "Maklumat untuk AI" (tujuan, latar, aktiviti utama).
- 3
Langkah 1: jawatankuasa dan bajet
Isi "Jawatankuasa pelaksana", "Jawatankuasa kerja", "Sumber kewangan", "Anggaran perbelanjaan" ("+ Tambah baris") dan "Tentatif program". Tekan "Simpan butiran".
- 4
Jana draf
Tekan "Jana draf dengan AI". AI menulis pengenalan, objektif, aktiviti, keselamatan dan penutup. Jumlah bajet dikira oleh sistem.
- 5
Langkah 2: semak
Ubah mana-mana bahagian dan tekan "Simpan kandungan".
- 6
Muktamad dan cetak
Tekan "Tandakan muktamad" dan "Pratonton & cetak". Kertas kerja muktamad boleh dibaca oleh rakan melalui pautan sebut harga.
- 7
Versi English (pilihan)
Untuk agensi PBB, kedutaan atau panel CSR syarikat: di kad "Versi English", tekan "Jana versi English (1 kredit AI)". AI menterjemah kertas kerja BM ke English rasmi; nama, tarikh, angka dan jumlah wang (RM) dikekalkan. Semak setiap bahagian di sebelah teks BM, ubah jika perlu, tekan "Simpan versi English", kemudian "Pratonton & cetak (English)".
Kertas kerja BM kekal sebagai dokumen asal. Jika BM diubah selepas itu, Rembuk memaparkan "Versi BM telah dikemas kini, jana semula versi English?" dan hanya bahagian yang berubah diterjemah semula.
Perkara penting
- Draf kertas kerja boleh dipadam dengan "Padam draf ini". Kertas kerja muktamad perlu ditukar kembali ke draf dahulu.
- Hanya penulis, YDP / Pengerusi atau Setiausaha boleh mengubah draf. YDP / Pengerusi atau Setiausaha boleh "Buka semula sebagai draf".
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan