Hantar sebut harga dan invois kepada rakan
Urus kerjasama dengan agensi, syarikat dan peniaga: sebut harga, invois dan tajaan, semuanya melalui pautan.
Buka fungsi ini- 1
Tambah rakan
Kolaborasi → tab "Rakan" → "+ Tambah rakan". Isi "Nama agensi / syarikat / peniaga", "Jenis", "Nama wakil", "Emel", "No. telefon" dan "Alamat (untuk dokumen)". Tekan "Tambah rakan".
- 2
Cipta sebut harga
Tekan "+ Sebut harga". Pilih "Kepada (rakan)" dan jenis urusan (Tajaan, atau Perkhidmatan / jualan), isi "Tajuk" dan tarikh, kemudian tambah item. Jumlah dikira automatik.
- 3
Rujuk kertas kerja (pilihan)
Pilih kertas kerja program di "Rujuk kertas kerja (pilihan)". Tekan "Simpan draf".
- 4
Keluarkan
Di kad "Keluarkan kepada rakan", biarkan kotak emel bertanda jika mahu diemelkan, dan tekan "Keluarkan sebut harga". Dokumen mendapat nombor rasmi (SH-2026-001).
- 5
Kongsi pautan
Di kad "Pautan untuk rakan", tekan "Kongsi di WhatsApp" atau "Salin pautan".
- 6
Rakan menerima melalui pautan
Rakan membuka pautan, mengisi nama wakil dan menekan "Terima sebut harga" atau "Tolak". Anda menerima notifikasi.
Kertas kerja yang dirujuk boleh dibaca dari pautan yang sama jika sudah muktamad.
- 7
Sediakan invois
Tekan "Sediakan invois daripada sebut harga ini", semak, dan tekan "Keluarkan invois". Butiran bank dipaparkan kepada rakan.
- 8
Rekod bayaran
Bila wang masuk, di kad "Rekod bayaran diterima", isi tarikh, "Masuk ke dana" dan rujukan, kemudian tekan "Tanda dibayar".
- 9
Orang kedua mengesahkan
Tajaan: disahkan di halaman Tajaan. Perkhidmatan / jualan: ahli kewangan lain menekan "Sahkan bayaran diterima" pada dokumen yang sama. Selepas itu wang masuk ke dana.
Perkara penting
- Draf yang belum dihantar boleh dipadam dengan "Padam draf". Dokumen yang sudah bernombor hanya boleh dibatalkan.
- Rakan bersetuju melalui telefon? Anda boleh terus tekan "Sediakan invois" tanpa menunggu.
- Hanya YDP / Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari boleh menggunakan Kolaborasi.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan