Kad Digital: kad nama digital AJK dengan kod QR
Setiap AJK boleh mempunyai kad nama digital dengan pautan pendek dan kod QR untuk dikongsi semasa program dan mesyuarat.
Buka fungsi ini- 1
Buka "Kad Digital saya"
Di papan pemuka, tekan "Kad Digital saya". Nama, jawatan, nama dan warna organisasi diisi sendiri.
- 2
Isi maklumat
Tambah foto, bio ringkas, telefon, WhatsApp, emel, laman web dan media sosial. Jika jawatan anda dalam senarai AJK sesi ini, pilih di "Jawatan".
- 3
Pilih apa yang dipaparkan
Setiap maklumat ada suis "Papar". Telefon, WhatsApp dan emel tidak dipaparkan sehingga anda hidupkan suisnya.
- 4
Hidupkan "Kad aktif" dan tekan "Simpan kad"
Kad tidak boleh dilihat sesiapa sehingga suis ini dihidupkan. Anda boleh mematikannya bila-bila masa.
- 5
Kongsi
Tekan "Kongsi & QR" untuk menyalin pautan, memuat turun kod QR (PNG) atau berkongsi terus ke WhatsApp, Telegram, Facebook, X dan LinkedIn. Penerima boleh tekan "Simpan kenalan" untuk menyimpan anda ke telefon mereka.
Perkara penting
- Kad hilang sendiri apabila anda tidak lagi menjadi AJK organisasi itu.
- Kad tidak disenaraikan dalam enjin carian; hanya orang yang ada pautan atau mengimbas QR boleh melihatnya.
- AJK organisasi Rembuk lain yang membuka kad anda boleh menekan "Simpan ke Kenalan" untuk menyimpan maklumat yang anda paparkan ke Kenalan organisasi mereka.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan