Pakej langganan & pembayaran Rembuk
Pakej, harga dan apa yang berlaku bila langganan tamat.
Buka fungsi ini- 1
Buka Langganan
Dari papan pemuka, tekan jubin "Langganan" untuk melihat pakej dan tarikh tamat. Hanya YDP / Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari boleh membayar.
- 2
Sekolah: pilih tempoh
Di kad "Sambung atau mula langganan", tekan "Bayar tahunan" (jimat 2 bulan) atau "Bayar sebulan". Tempoh baharu ditambah selepas tarikh tamat semasa.
- 3
Persatuan: pilih pakej
Di kad "Naik taraf pakej" (atau "Sambung atau tukar pakej"), pilih Mikro, Komuniti atau Pro dan tekan harga setahun atau "Bayar sebulan".
Jika anda menukar pakej, tempoh baharu bermula hari ini; baki pakej lama tidak dibawa.
- 4
Semak bayaran
Rekod bayaran dipaparkan di "Sejarah bayaran".
Perkara penting
- Sekolah: percubaan percuma 60 hari, kemudian RM49 sebulan atau RM490 setahun (30 jana AI sebulan).
- Persatuan: Percuma (30 ahli, 5 jana AI), Mikro RM29 (150 ahli), Komuniti RM59 (1,000 ahli), Pro RM99 (ahli tanpa had) sebulan. Bayaran dalam talian dan laman awam bermula dari pakej Mikro.
- Jika tamat, hanya fungsi AI berhenti. Kutipan yuran, resit dan data anda tidak disekat.
- Penaja juga boleh menaja langganan sekolah anda. Hubungi hello@rembuk.my.
- Kod kempen (cth. daripada konvensyen): taip di ruangan "Kod kempen" semasa mendaftar persatuan baharu, atau imbas poster QR yang mengisinya sendiri. Persatuan terus mendapat pakej kempen itu (biasanya 3 bulan Mikro) tanpa kad dan tanpa caj automatik. Semasa tempoh kempen kuota emel hebahan kekal 50 sebulan seperti Pakej Percuma. Selepas tamat, persatuan kembali kepada had Pakej Percuma; data kekal. Satu kod untuk setiap persatuan.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan