Rakan Rembuk: kongsi Rembuk, terima komisen
Sesiapa yang mempunyai akaun Rembuk boleh menjadi Rakan Rembuk: kongsi pautan anda, dan terima 20% daripada setiap bayaran langganan organisasi yang anda rujuk dalam 12 bulan pertama.
- 1
Buka Rakan Rembuk
Di halaman Akaun, tekan kad "Rakan Rembuk" (atau buka rembuk.my/akaun/rakan).
- 2
Isi borang "Sertai Rakan Rembuk"
Nama penuh, nombor telefon bimbit, nama bank, nombor akaun dan nama pemegang akaun. Akaun mesti atas nama anda sendiri. Nombor kad pengenalan tidak diperlukan.
Nombor akaun disimpan bersulit; anda dan pasukan Rembuk hanya melihat 4 digit terakhir.
- 3
Jawab "Adakah anda penjawat awam?"
Jika Ya, tandakan kedua-dua akuan: anda ada kelulusan bertulis kerja luar daripada Ketua Jabatan, dan anda tidak berurusan secara rasmi dengan organisasi yang anda rujuk (contohnya guru yang merujuk PIBG sekolahnya sendiri tidak dibenarkan).
- 4
Setuju dengan terma dan hantar
Baca Terma Rakan Rembuk, tandakan persetujuan dan tekan "Hantar permohonan". Pasukan Rembuk menyemak dalam 1 hingga 3 hari bekerja; anda dimaklumkan melalui emel.
- 5
Kongsi pautan atau kod anda
Selepas diluluskan, tekan "Salin pautan" atau "Kongsi di WhatsApp", atau tunjuk kod QR. Persatuan yang mendaftar melalui pautan anda (diingati 60 hari) atau menaip kod anda di borang pendaftaran dikira sebagai rujukan anda. Sekolah didaftarkan oleh pasukan Rembuk: minta mereka sebut kod anda.
- 6
Pantau komisen
Setiap bayaran langganan organisasi rujukan anda dalam 12 bulan pertama memberi 20%. Status: Tertunggak (14 hari pertama), Boleh dibayar, Dibayar. Bayaran dibuat sekitar 7 haribulan apabila baki sekurang-kurangnya RM50.
Perkara penting
- Bulanan: 20% setiap bulan dalam 12 bulan. Tahunan: 20% daripada jumlah tahunan, sekali. Tiada komisen selepas bulan ke-12.
- Kredit AI tambahan dan yuran lain tidak dikira. Jika bayaran langganan dipulangkan, komisennya dibatalkan.
- Anda tidak boleh merujuk organisasi yang anda daftarkan sendiri atau di mana anda AJK.
- Jangan spam dan jangan janjikan pendapatan atau hadiah bagi pihak Rembuk.
Soalan lazim
Bila komisen saya dibayar?
Sekali sebulan, sekitar 7 haribulan, ke akaun bank anda. Baki di bawah RM50 dibawa ke bulan berikutnya.
Bolehkah saya tukar akaun bank?
Ya. Di "Butiran saya", tekan "Tukar akaun bank", isi butiran baharu dan simpan.
Adakah saya perlu bayar cukai?
Cukai pendapatan atas komisen ialah tanggungjawab anda sendiri.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan