Terima jemputan sebagai AJK atau guru
AJK, bendahari dan guru menyertai organisasi melalui jemputan emel daripada YDP / Pengerusi atau Setiausaha.
Video tutorial · untuk semua
- 1
Buka emel jemputan
Cari emel "Jemputan ke Rembuk" dan tekan "Terima jemputan". Pautan sah selama 7 hari.
- 2
Log masuk dengan emel yang dijemput
Jika belum log masuk, tekan "Log masuk untuk terima jemputan" dan gunakan emel yang sama yang menerima jemputan.
- 3
Tekan "Terima jemputan" sekali lagi
Selepas log masuk, anda kembali ke halaman jemputan. Tekan "Terima jemputan" dan anda terus dibawa ke papan pemuka organisasi dengan peranan yang diberikan.
Soalan lazim
Mesej "Jemputan ini untuk alamat emel lain"?
Anda log masuk dengan emel lain. Tekan Log keluar, kemudian log masuk dengan emel yang dijemput.
Jemputan "tidak sah" atau tamat tempoh?
Minta YDP / Pengerusi atau Setiausaha menghantar jemputan baharu.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan