8 langkah

Mohon geran mengikut garis panduan rasmi (BKP KPWKM)

Untuk geran yang ada garis panduan rasmi seperti Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) KPWKM: Rembuk menyemak kelayakan, menyediakan kertas kerja dalam format yang ditetapkan, menyemak anggaran dengan kadar maksimum, menyenaraikan dokumen dan mengisi borang permohonan untuk anda.

Buka fungsi ini
Video tutorial · contoh persatuanLangkahnya sama untuk sekolah dan persatuan; hanya nama dan data contoh berbeza.
  1. 1

    Pautkan garis panduan

    Di Penjejak Geran, buka "Pembantu permohonan" pada geran di papan. Jika geran itu dikenali (contoh BKP atau KPWKM), tekan "Ya, guna garis panduan ini", atau pilih sendiri daripada senarai "Garis panduan geran".

  2. 2

    Ikut 5 langkah

    Tekan "Mula langkah permohonan". Bar "Kesediaan permohonan" menunjukkan peratus siap dan langkah seterusnya: Kelayakan, Kertas kerja, Anggaran, Dokumen dan Borang. Anda boleh berhenti dan sambung bila-bila masa.

    Peratus kesediaan juga dipaparkan pada kad geran di Papan penjejak.

  3. 3

    Langkah 1: kelayakan

    Syarat yang boleh disemak daripada data Rembuk dijawab sendiri (pendaftaran, negeri, tarikh program, perasmi, anggaran). Jawab Ya atau Tidak bagi yang lain. Maklumat yang belum ada boleh diisi terus di situ dan disimpan untuk permohonan akan datang.

  4. 4

    Langkah 2: kertas kerja format BKP

    Tekan "Sediakan kertas kerja format garis panduan". Draf dibuka dengan kumpulan sasar, bidang keutamaan dan anggaran sudah diisi. Ikut 5 langkah editor: Program, Siri & tentatif, Anggaran, Kandungan, Semak & cetak. Setiap perubahan disimpan sendiri.

    Tajuk digalakkan menyatakan jenis program, isu dan kumpulan sasar. Tekan cadangan tajuk untuk menggunakannya.

  5. 5

    Tulis kandungan dengan AI

    Di langkah Kandungan, tekan "Tulis bahagian kosong dengan AI" (1 kredit). AI menulis tujuan, latar belakang, objektif, kaedah pelaksanaan, faedah dan kesimpulan mengikut panduan rasmi setiap bahagian, menggunakan fakta program anda sahaja. Tekan "Tulis semula" pada mana-mana bahagian.

  6. 6

    Langkah 3: anggaran disemak

    Tekan "Cadang anggaran" untuk baris lazim pada kadar maksimum. Setiap baris disemak dengan kadar Semenanjung atau Sabah/ Sarawak mengikut negeri organisasi; yang melebihi kadar atau tidak dibenarkan ditanda merah dengan sebabnya. Keurusetiaan dihadkan kepada 10% atau RM3,000 (mana-mana lebih rendah).

    Jika yuran penyertaan dikenakan, keurusetiaan tidak layak dituntut. Program harian: makan minum ikut nisbah minum pagi 20%, makan tengah hari 40%, minum petang 20% atau makan malam 40% (bukan kedua-duanya).

  7. 7

    Langkah 4: dokumen

    Senarai semak menunjukkan setiap dokumen Lengkap atau Belum dan dari mana ia datang. Dokumen yang dijana Rembuk (borang, kertas kerja, penyata, laporan, senarai AJK) dibuka untuk dicetak; sijil, perlembagaan, penyata bank dan salinan kad pengenalan dimuat naik sekali. Tekan "Muat turun pek permohonan (.zip)".

    Salinan kad pengenalan hanya boleh dilihat oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari, setiap muat turun direkod, dan tidak pernah dihantar kepada AI.

  8. 8

    Langkah 5: borang permohonan

    Borang Permohonan diisi daripada data Rembuk termasuk AJK, akaun bank, sumber kewangan, peruntukan terdahulu dan jumlah dimohon daripada anggaran. Isi ruangan yang belum ada, kemudian tekan "Pratonton & cetak borang". Pengerusi menandatangani di bawah Pengakuan secara elektronik.

    No. kad pengenalan AJK dan nombor akaun dicetak bertopeng. Tekan "Tunjuk" sebelum mencetak jika perlu nombor penuh; tindakan ini direkod dalam log audit.

Perkara penting

  • Semakan awal Rembuk membantu menyediakan permohonan yang lengkap. Keputusan kelayakan sebenar dibuat oleh jabatan dan jawatankuasa agensi.
  • Kertas kerja BKP mesti dalam Bahasa Malaysia sahaja. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan hanya permohonan dengan dokumen lengkap diproses.
  • Selepas lulus, tarikh akhir (kembalikan Surat Kelulusan 14 hari, maklumkan jadual 30 hari, LPP 30 hari selepas program) dijejak di halaman Selepas geran diluluskan.

Berkaitan

Masih keliru? Hantar tiket bantuan