5 langkah

Rembuk Pay: kutipan bagi pihak organisasi dan bayaran keluar

Rembuk Pay ditangguhkan sementara (menunggu kelulusan penyedia pembayaran): tiada bayaran baharu dikutip bagi pihak organisasi. Halaman ini kekal untuk baki yang sudah dikutip sebelum penangguhan, yang tetap dibayar ke akaun bank organisasi.

Buka fungsi ini
  1. 1

    Buka Rembuk Pay

    Kewangan → "Rembuk Pay". Hanya ahli kewangan (Bendahari, Pengerusi / YDP, dan peranan lain yang diberi akses urus kewangan) boleh membukanya.

  2. 2

    Sahkan akaun bank sekali

    Isi akaun bank di kad "Akaun bank untuk bayaran keluar" (lihat panduan akaun bank). Selagi akaun belum disahkan, bayaran tetap diterima dan disimpan sebagai baki.

  3. 3

    Semak baki dan tarikh bayaran

    "Baki belum dibayar" ialah jumlah bersih yang belum dipindahkan. "Bayaran seterusnya" menunjukkan tarikh dan jumlah yang layak, dan "Tarikh potong" hari terakhir bayaran yang termasuk.

    Isnin: bayaran hingga Jumaat 11:59 malam. Khamis: bayaran hingga Selasa 11:59 malam. Minimum RM20; baki kurang dibawa ke bayaran seterusnya.

  4. 4

    Buka penyata setiap bayaran keluar

    Di "Sejarah bayaran keluar", tekan "Penyata" untuk melihat setiap bayaran (rujukan pembayar, kasar, caj CHIP, yuran platform, bersih) dan pemulangan. Tekan "CSV / Excel" atau "Cetak / simpan PDF" untuk simpanan.

  5. 5

    Penyata Akaun dikemas kini sendiri

    Setiap bayaran sudah masuk Penyata Akaun sebagai penerimaan pada hari ia dibayar. Bila bayaran keluar selesai, caj gateway dan yuran platform direkod sebagai "Caj bank" dan pemulangan sebagai "Pemulangan". Penyesuaian bank memadankan satu kredit bank dengan semua bayaran dalam bayaran keluar itu.

Perkara penting

  • Ditolak setiap bayaran: yuran platform 1.5% dan caj gateway pembayaran. Kadar semasa dipaparkan di halaman Rembuk Pay.
  • Pemulangan kepada pembayar dibuat oleh Rembuk HQ dan ditolak daripada bayaran keluar seterusnya.
  • Bayaran dikutip oleh Renoraz Ventures Sdn Bhd (pengendali Rembuk) bagi pihak organisasi.

Soalan lazim

Kenapa bayaran keluar saya tidak dibuat minggu ini?

Sebab dipaparkan di halaman Rembuk Pay: akaun bank belum disahkan, tempoh tahan 7 hari selepas tukar akaun, atau baki kurang daripada RM20.

Bolehkah kami guna gateway sendiri?

Boleh. Sambung gateway di Tetapan → Kaedah pembayaran dan pilih "Gateway sendiri". Baki Rembuk Pay yang tinggal tetap dibayar.

Berkaitan

Masih keliru? Hantar tiket bantuan