Surat rasmi dengan nombor rujukan
Sediakan surat rasmi di atas kepala surat organisasi, contohnya surat permohonan tajaan kepada syarikat. Nombor rujukan dijana automatik, dan surat boleh ditandatangani secara elektronik atau dicetak.
Buka fungsi ini- 1
Surat baharu
Surat rasmi → kad "Surat baharu". Pilih jenis surat (contohnya Permohonan tajaan) dan program atau kertas kerja berkaitan, kemudian tekan "Sediakan surat". Rembuk mengisi perkara, perenggan permulaan, tarikh hari ini dan nama Setiausaha.
- 2
Isi kandungan
Isi "Kepada" (nama dan alamat penerima, satu baris satu maklumat), semak "Perkara" dan "Isi surat". Pisahkan perenggan dengan satu baris kosong; nombor perenggan dicetak sendiri. Gantikan teks dalam [kurungan]. Tekan "Simpan surat".
- 3
Muktamadkan
Tekan "Muktamadkan & jana nombor". Nombor rujukan diberi mengikut Tetapan nombor rujukan dan surat dikunci. "Kembali ke draf" membuka semula surat untuk diubah; nombornya kekal.
- 4
Tandatangan dan cetak
Tekan "Pratonton, cetak & tandatangan". Pengirim (Pengerusi, Timbalan Pengerusi persatuan atau Setiausaha) boleh menekan "Tandatangan", atau cetak dan tandatangan dengan pen, kemudian muat naik salinannya di kad "Salinan bertandatangan".
- 5
Versi English (pilihan)
Untuk penerima seperti agensi PBB, kedutaan atau syarikat: di kad "Versi English", tekan "Jana versi English (1 kredit AI)". Surat dicetak mengikut susunan surat rasmi English (Our Ref., Date, Dear Sir/Madam, Yours faithfully) dengan jawatan pengirim dalam English. Semak dan ubah teks, kemudian tekan "Pratonton & cetak (English)" dan tandatangan dengan pen.
Surat BM kekal sebagai surat asal, dan nombor rujukannya digunakan pada versi English.
Perkara penting
- Hanya Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari boleh menulis surat; AJK dan guru boleh membacanya.
- Draf yang belum diberi nombor boleh dipadam. Surat yang sudah bernombor kekal dalam rekod.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan