Tanya Rembuk AI
Tanya soalan biasa tentang organisasi anda dan dapatkan jawapan daripada data sebenar: yuran, derma, acara, aduan dan Mesyuarat Agung.
Buka fungsi ini- 1
Buka Tanya Rembuk AI
Dari papan pemuka, tekan jubin "Tanya Rembuk AI". Ia untuk AJK sahaja: YDP / Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Guru Besar / Penasihat, PK HEM / Timbalan Pengerusi, guru dan AJK. Ibu bapa dan ahli biasa tidak nampak jubin ini.
- 2
Taip soalan
Taip soalan sendiri atau tekan salah satu cadangan, contohnya "Aduan mana yang masih terbuka?" atau "Apa acara dalam bulan ini?". Tekan "Tanya".
- 3
Baca jawapan
AI menjawab daripada rekod sebenar: yuran tertunggak, tabung derma, acara akan datang, aduan dan kehadiran Mesyuarat Agung. Baki jana AI bulan ini dipaparkan di bawah jawapan.
- 4
Buat tindakan sendiri
AI hanya membaca. Ia tidak boleh mengubah atau menghantar apa-apa. Buat tindakan di menu berkaitan, contohnya Yuran atau Aduan.
Perkara penting
- Sekolah: dalam Tanya Rembuk AI, nama keluarga, penjaga dan murid disamarkan sebelum sampai ke AI, dan ia hanya memberi jumlah. Import senarai daripada fail pula menghantar kandungan fail itu untuk disusun.
- Persatuan: nama ahli disamarkan sebelum sampai ke AI.
- Soalan kewangan (yuran tertunggak, siapa paling lama tertunggak) hanya untuk YDP / Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Guru Besar / Penasihat.
- Setiap soalan dikira sebagai satu jana AI bulanan. Jawapan yang gagal tidak dikira. Had 30 soalan sejam.
- Untuk soalan kewangan terperinci (belanja ikut kategori, program atau bajet), gunakan kotak "Tanya data kewangan" di halaman Kewangan.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan