Ringkasan kewangan: baca setiap kad dan siapa nampak apa
Halaman Kewangan memberi gambaran keseluruhan wang PIBG atau persatuan kepada semua AJK. Jumlah sahaja, tanpa nama individu, dan tiada butang yang mengubah rekod.
Buka fungsi ini- 1
Buka Ringkasan kewangan
Dari papan pemuka, buka "Kewangan". Tajuk halaman ialah "Ringkasan kewangan". Semua AJK yang ada akses "Lihat ringkasan kewangan" boleh membukanya.
- 2
Kad "Baki semua dana"
Jumlah baki semua dana dalam lejar Rembuk, termasuk wang tumpang. Di bawahnya tertulis baki selepas komitmen yang belum dibayar, atau "Tiada komitmen tertunggak".
- 3
Kad "Masuk" dan "Keluar" tahun ini
Jumlah wang masuk dan wang keluar dalam lejar bagi tahun semasa. Baris kecil di bawah menunjukkan angka bulan ini. Pindahan antara dana tidak dikira sebagai masuk atau keluar.
- 4
Kad "Kutipan yuran"
Peratus yuran sesi semasa yang sudah dibayar, dengan jumlah dibayar berbanding jumlah invois. Invois yang dibatalkan dan invois kutipan khas tidak dikira. Jika belum ada invois, kad ini menulis "Belum ada invois".
- 5
Kad "Masuk dan keluar"
Menunjukkan "Lebihan tahun ini" jika masuk lebih daripada keluar, atau "Kurangan tahun ini" (merah) jika sebaliknya.
- 6
Kad "Baki ikut dana"
Senarai setiap dana dengan bakinya. Di bawah nama dana tertulis jenisnya: "Milik PIBG" (persatuan: "Milik persatuan"), "Tujuan khusus (syarat penderma)", "Ditetapkan AJK" atau "Wang tumpang (bagi pihak lain)", serta komitmen jika ada.
- 7
Kad "Kutipan derma" dan "Bajet program"
"Kutipan derma" ialah jumlah derma yang sudah dibayar bagi semua tabung, dengan bilangan tabung aktif. "Bajet program" menunjukkan berapa sudah dibelanjakan daripada bajet program kalendar yang diluluskan tahun ini, dengan bar kemajuan.
- 8
Tanya data kewangan (AI)
Jika anda boleh melihat butiran kewangan, kad "Tanya data kewangan" dipaparkan. Tekan satu cadangan atau taip soalan di ruangan soalan, kemudian tekan "Tanya". Jawapan dikira daripada lejar, bajet dan program, dalam jumlah sahaja.
1 kredit AI setiap jawapan yang berjaya, had 20 soalan sejam setiap ahli. AI hanya membaca dan tidak boleh mengubah apa-apa.
- 9
Lihat butiran dan butang lain
Butang "Penyata Akaun" dan "Kunci kira-kira" dipaparkan kepada semua yang boleh membuka halaman ini. Ahli yang boleh melihat butiran kewangan juga nampak "Lihat butiran" (ke Dana & baki), "Cek" dan "Penyesuaian bank". Ahli yang boleh merekod kewangan juga nampak "Rembuk Pay" dan "Import penyata bank".
Perkara penting
- Lihat ringkasan (tetapan asal): PIBG, YDP, Setiausaha, Bendahari, Guru Besar, PK HEM dan guru. Persatuan, Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Penasihat dan AJK.
- Lihat butiran (tetapan asal): PIBG, YDP, Setiausaha, Bendahari dan Guru Besar. Persatuan, Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Penasihat.
- Rekod dan sahkan wang (tetapan asal): PIBG, YDP, Setiausaha dan Bendahari. Persatuan, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Bendahari.
- Pengerusi / YDP boleh mengubah akses ini di Tetapan, Akses mengikut jawatan.
- Ibu bapa, ahli dan penaja tidak diberi akses kewangan.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan