Log masuk tanpa kata laluan
Rembuk tidak menggunakan kata laluan. Anda log masuk dengan pautan sekali guna yang dihantar ke emel.
- 1
Buka halaman log masuk
Pergi ke rembuk.my dan tekan "Log masuk".
- 2
Masukkan emel anda
Di ruangan "Emel", taip emel yang didaftarkan oleh sekolah atau persatuan anda.
Ibu bapa dan ahli: gunakan emel yang sama seperti yang diberi kepada sekolah atau persatuan. Itulah cara sistem mengenal pasti anda.
- 3
Selesaikan puzzle
Leret atau pusingkan kepingan puzzle sehingga sepadan. Ini membuktikan anda bukan robot.
- 4
Tekan "Hantar pautan log masuk"
Pautan dihantar ke emel anda.
- 5
Buka emel dan tekan pautan
Semak peti masuk (dan folder Spam / Promosi). Tekan pautan dalam emel daripada Rembuk. Anda terus masuk tanpa kata laluan.
- 6
Bersetuju dengan terma (kali pertama sahaja)
Pada halaman "Sebelum anda mula", tandakan setiap kenyataan dan tekan "Saya bersetuju dan teruskan".
Soalan lazim
Pautan kata "tamat tempoh atau sudah digunakan"?
Setiap pautan hanya boleh digunakan sekali. Minta pautan baharu di halaman log masuk.
Tiada emel diterima?
Semak folder Spam / Promosi, pastikan ejaan emel betul, dan tunggu 1 hingga 2 minit sebelum mencuba semula.
Mesej "Terlalu banyak cubaan"?
Had pautan untuk satu emel sudah dicapai. Cuba lagi selepas sejam.
Berkaitan
Masih keliru? Hantar tiket bantuan