5 langkah

Rekod peserta & Siri program: siapa sertai program anda

Semua orang yang pernah mendaftar, hadir (imbas QR atau daftar masuk) atau menerima e-sijil program anda, digabung ikut nombor telefon dan emel. Siri program menunjukkan siapa sudah dan belum hadir setiap bahagian. Untuk pakej Komuniti, Rembuk Sekolah dan Pro.

Buka fungsi ini
Video tutorial · contoh persatuanLangkahnya sama untuk sekolah dan persatuan; hanya nama dan data contoh berbeza.
Video tutorial · contoh persatuanLangkahnya sama untuk sekolah dan persatuan; hanya nama dan data contoh berbeza.
  1. 1

    Buka "Rekod peserta"

    Di papan pemuka, tekan "Rekod peserta". Kad di atas menunjukkan jumlah peserta, yang pernah hadir, yang hadir 2 kali atau lebih dan bilangan program.

  2. 2

    Cari dan tapis

    Di Senarai peserta, cari ikut nama, telefon atau emel, dan tapis ikut program atau siri. Senarai disusun ikut kehadiran terbanyak. Tekan "CSV" untuk muat turun.

  3. 3

    Profil peserta

    Tekan nama peserta untuk melihat program dihadiri dan didaftar, kadar kehadiran, sijil diterima dan kemajuan setiap siri.

    Nombor kad pengenalan tidak pernah dipaparkan.

  4. 4

    Cipta siri program

    Tekan tab "Siri program", kemudian "Urus siri". Isi nama siri dan bilangan bahagian, contohnya Kursus 4 modul, dan tekan "Cipta siri". Bagi setiap bahagian, pilih acara yang sepadan dan tekan Simpan. Anda juga boleh memilih siri di medan "Siri program (pilihan)" pada borang acara bertiket.

  5. 5

    Siapa belum hadir

    Tab "Siri program" memaparkan jadual setiap peserta dan setiap bahagian. Pilih "Belum hadir" bagi satu bahagian, tekan Tapis, kemudian "Salin nombor telefon" untuk menghubungi mereka.

Berkaitan

Masih keliru? Hantar tiket bantuan