Urus persatuan anda dengan telus, tanpa fail bertimbun.
Daftar ahli, yuran keahlian, resit, kutipan derma, Mesyuarat Agung dan minit AI dalam satu sistem. Wang sampai ke akaun persatuan, setiap ringgit ada rekod, setiap ahli nampak resit sendiri.
- Percuma sehingga 30 ahli
- Wang sampai ke akaun persatuan
- Undi AGM sulit
Sesuai untuk
- Surau & masjid
- Persatuan penduduk
- Alumni
- Kelab sukan & rekreasi
- NGO kebajikan
- Persatuan profesional / belia
Kenapa Rembuk
Dari fail bertimbun dan buku resit, kepada satu tempat yang telus.
Sebelum
- ×Daftar ahli dalam Excel yang hanya Setiausaha faham
- ×Resit tulis tangan, buku resit hilang bila Bendahari bertukar
- ×Kehadiran Mesyuarat Agung atas kertas, kuorum dikira dengan tangan
- ×Minit mesyuarat siap berminggu-minggu kemudian
- ×Kelam-kabut mencari angka untuk Penyata Tahunan ROS
- ×Hebahan tenggelam dalam kumpulan WhatsApp
Dengan Rembuk
- Senarai ahli dengan nombor ahli, jenis dan status keahlian
- Resit bernombor dihantar ke emel sebaik bayaran disahkan
- Ahli imbas QR untuk hadir, kehadiran dan kuorum dikira sendiri
- Minit rasmi disusun AI daripada nota ringkas Setiausaha
- Ringkasan penyata tahunan dijana daripada rekod sebenar
- Hebahan sampai ke emel dan telefon setiap ahli
Ciri untuk persatuan
Semua kerja AJK persatuan, dalam satu sistem
Istilah persatuan, bukan istilah sekolah: Pengerusi, ahli, yuran keahlian dan Penyata Tahunan.
Ahli & yuran keahlian
Daftar ahli dan kutip yuran tahunan tanpa buku log
Setiap ahli mendapat nombor ahli sendiri. Jana invois yuran tahunan untuk semua ahli aktif dengan satu tekan, dan keahlian dilanjutkan sendiri bila yuran dibayar penuh.
- Jenis keahlian: Biasa, Seumur hidup, Bersekutu, Remaja dan Kehormat
- Ahli seumur hidup dan kehormat tidak dikenakan yuran tahunan
- Status Aktif, Tamat dan Berhenti, dengan carian pantas
- Automasi invois pembaharuan setiap 1 Disember
- A0001Hj. Kamarul AriffinSeumur hidupAktif
- A0014Pn. Siti NorhayatiBiasaAktif
- A0027En. Hafiz RahmanBiasaTamat
- A0052Cik Nurul IzzahRemajaAktif
Mesyuarat Agung
Usul, kehadiran QR dan undian sulit dalam satu tempat
Ahli menghantar usul dalam talian semasa tempoh usul dibuka. Pada hari mesyuarat, tampal poster QR di pintu dewan dan ahli daftar hadir dari telefon sendiri.
- Satu undi bagi setiap ahli yang sudah daftar hadir
- Undi usul, pemilihan AJK atau undian lain
- Kuorum dan kehadiran dikira serta-merta
- Mesyuarat hibrid: ahli boleh hadir dalam talian jika dibenarkan
Siapa yang mengundi direkod berasingan daripada pilihan undi.
Jawatankuasa & penyata
Jawatankuasa yang lengkap, penyata tahunan yang siap dicetak
Rekod Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Setiausaha 2, Bendahari, Bendahari 2 dan AJK bagi setiap sesi. Rembuk mengingatkan anda jika jawatankuasa kurang daripada 7 orang.
- Penyata tahunan: maklumat persatuan, mesyuarat, jawatankuasa dan kewangan
- Cetak atau simpan PDF dengan ruang tandatangan Setiausaha dan Pengerusi
- Gunakannya untuk mengisi borang rasmi ROS dengan lebih cepat
- Mula sesi baharu selepas Mesyuarat Agung, sesi lama diarkibkan
- PengerusiHj. Kamarul Ariffin
- Timbalan PengerusiEn. Lim Wei Jie
- SetiausahaPn. Siti Norhayati
- BendahariPn. Kavitha Raman
- AJK4 orang
- 1. Maklumat persatuanLengkap
- 2. Mesyuarat4 mesyuarat
- 3. Jawatankuasa semasa8 orang
- 4. KewanganBaki 31 Dis
Kutipan dana awam
Tabung surau, kebajikan atau projek taman, dengan kemajuan yang nampak
Cipta laman derma dengan sasaran dan tarikh tutup, kemudian kongsi di WhatsApp. Penderma tidak perlu akaun, dan wang sampai ke akaun persatuan.
- Bar kemajuan ke arah sasaran di laman awam
- Penderma boleh memilih untuk tidak memaparkan nama
- Derma tunai dan pindahan direkod dan disahkan orang kedua
- Kempen boleh ditutup sendiri bila tarikh tamat atau sasaran dicapai
Juga termasuk
Semua yang biasanya bertaburan di lima tempat berbeza
Import dokumen AI
Muat naik minit mesyuarat lama atau cetakan senarai AJK eROSES. AI mengisi borang, dan anda semak setiap medan sebelum disimpan.
Notis mesyuarat & laporan aktiviti
Notis mesyuarat, serta Laporan Pelaksanaan Aktiviti dengan Penyata Perbelanjaan, berkepala surat persatuan dan siap dicetak.
Borang eROSES senarai AJK
Nama dan jawatan diambil daripada Rembuk. No. K/P dan alamat ditaip semasa mencetak sahaja dan tidak pernah disimpan.
Rancang program & anggaran bajet
Setiap program dalam kalendar ada tugasan AJK, sumber dana, anggaran perbelanjaan dan perbandingan anggaran dengan belanja sebenar.
Akses mengikut jawatan
Pengerusi menentukan apa yang boleh dilihat dan dibuat oleh setiap jawatan. Setiap perubahan direkod dalam log.
Ringkasan kewangan untuk AJK
Semua AJK nampak masuk dan keluar, baki ikut dana, kutipan derma dan bajet program. Jumlah sahaja, tanpa nama individu.
Bayaran dalam talian tanpa persediaan
Rembuk Pay (FPX / DuitNow) aktif terus, atau sambung gateway milik persatuan sendiri: CHIP, toyyibPay, Billplz atau senangPay. Ahli juga boleh bayar melalui pindahan bank.
Resit automatik
Resit rasmi bernombor dihantar ke emel pembayar sebaik bayaran disahkan. Ahli nampak semua resit sendiri.
Pengesahan orang kedua
Bayaran tunai dan pindahan yang direkod disahkan oleh ahli kewangan lain. Tiada sesiapa boleh mengesahkan rekod sendiri.
Minit mesyuarat dengan AI
Isi kehadiran dan nota ringkas setiap agenda. AI menyusun minit format rasmi untuk disemak, disahkan dan dicetak.
Laman awam & Berita
Landing page dibina dengan AI di rembuk.my/p/nama-anda atau domain sendiri. Artikel aktiviti, selepas disemak, turut dipaparkan di rembuk.my/berita.
Hebahan ke emel & telefon
Satu hebahan kepada semua ahli atau AJK sahaja, melalui emel dan notifikasi telefon serentak.
Tanya Rembuk AI
Tanya tentang yuran tertunggak, tabung derma atau kehadiran mesyuarat. Nama ahli disamarkan sebelum sampai ke AI, dan AI hanya membaca.
Kertas kerja program dengan AI
Tulis butiran program, AI menyusun kertas kerja lengkap dengan bajet untuk mesyuarat AJK.
Automasi
Resit, peringatan yuran tertunggak dan laporan kewangan bulanan dihantar sendiri. Hidupkan dengan satu suis.
11 kategori pertubuhan ikut eROSES
Pilih kategori persatuan anda dan simpan nombor pendaftaran ROS di Tetapan.
- Keagamaan
- Kebajikan
- Sosial
- Faedah Bersama (Khairat Kematian)
- Hak Asasi
- Ikhtisas
- Kebudayaan dan Kesenian
- Keselamatan
- Perdagangan
- Politik
- Rekreasi
Cara ia berfungsi
Tiga langkah, dan persatuan anda sudah berjalan
Daftar persatuan, percuma
Log masuk dengan emel, isi nama persatuan dan pilih kategori eROSES. Anda terus menjadi Pengerusi.
Jemput AJK, daftar ahli
Jemput Setiausaha dan Bendahari melalui emel. Daftar ahli satu per satu, setiap seorang dengan nombor ahli.
Ahli bayar, resit keluar
Jana invois yuran tahunan. Ahli bayar dari telefon, resit dihantar ke emel dan baki dana dikemas kini.
Privasi & amanah
Data persatuan milik persatuan
Wang ahli dan maklumat peribadi diurus dengan cara yang boleh dipertanggungjawabkan kepada juruaudit dan ahli.
Wang sampai ke akaun persatuan
Rembuk Pay mengutip FPX / DuitNow bagi pihak persatuan dan menyalurkannya setiap Isnin dan Khamis (caj 1.5% + caj gateway). Pindahan bank atau gateway persatuan sendiri tanpa potongan.
Maklumat AJK yang minimum
Rembuk tidak menyimpan nombor K/P atau alamat rumah ahli jawatankuasa. Untuk borang eROSES, maklumat itu ditaip semasa mencetak dan hilang bila halaman ditutup.
Selaras dengan PDPA
Notis privasi kami dibuat selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kami tidak menjual data peribadi ahli.
AI yang berhati-hati
Nama ahli disamarkan sebelum sampai ke AI. AI hanya membaca dan tidak boleh mengubah atau menghantar apa-apa.
Setiap tindakan kewangan direkod: pengesahan orang kedua, resit bernombor dan log audit. Data disimpan di pusat data Singapura dengan kawalan akses ikut peranan.
Harga
Mula percuma. Naik taraf bila persatuan berkembang.
Satu harga untuk semua modul. Bayaran tahunan bersamaan harga 10 bulan.
Percuma
Tiada tarikh tamat
- Sehingga 30 ahli
- 5 jana AI sebulan
- 100 kenalan (imbas kad nama AI)
- 20 imbasan kad nama percuma sebulan
- Daftar ahli, yuran, resit, mesyuarat dan penyata. Bayaran tunai dan pindahan direkod.
Mikro
RM290 setahun
- Sehingga 150 ahli
- 15 jana AI sebulan
- 300 kenalan (imbas kad nama AI)
- 50 imbasan kad nama percuma sebulan
- Tambah bayaran dalam talian dan laman awam persatuan.
Komuniti
RM590 setahun
- Sehingga 1,000 ahli
- 30 jana AI sebulan
- 500 kenalan (imbas kad nama AI)
- 100 imbasan kad nama percuma sebulan
- Untuk surau, persatuan penduduk dan alumni yang besar.
Pro
RM990 setahun
- Ahli tanpa had
- 60 jana AI sebulan
- 1,000 kenalan (imbas kad nama AI)
- 200 imbasan kad nama percuma sebulan
- Untuk NGO dan persatuan peringkat negeri atau kebangsaan.
Pakej Percuma tidak termasuk bayaran dalam talian dan laman awam; kedua-duanya bermula dari pakej Mikro. Jika langganan tamat, kutipan yuran, resit dan data tidak disekat.
Soalan lazim
Yang selalu ditanya AJK persatuan
Adakah persatuan kami mesti berdaftar dengan ROS untuk menggunakan Rembuk?
Tidak. Surau, kelab dan kumpulan komuniti yang belum berdaftar juga boleh menggunakannya. Jika sudah berdaftar, isi nombor pendaftaran ROS dan kategori eROSES di Tetapan.
Adakah wang yuran dan derma melalui akaun Rembuk?
Hanya jika persatuan memilih Rembuk Pay (pilihan utama): bayaran FPX / DuitNow dikutip oleh Rembuk Pay bagi pihak persatuan dan disalurkan ke akaun bank persatuan setiap Isnin dan Khamis, ditolak caj platform 1.5% dan caj gateway pembayaran. Pindahan bank terus ke akaun persatuan, atau gateway persatuan sendiri (CHIP, toyyibPay, Billplz atau senangPay), tiada potongan Rembuk.
Adakah penyata tahunan Rembuk menggantikan borang rasmi ROS?
Tidak. Rembuk menyediakan ringkasan daripada rekod sistem (maklumat persatuan, mesyuarat, jawatankuasa dan kewangan) untuk membantu anda mengisi Penyata Tahunan. Borang rasmi tetap dihantar oleh persatuan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Rembuk tidak berkaitan dengan dan tidak disahkan oleh ROS.
Perlukah ahli memasang aplikasi?
Tidak. Rembuk dibuka melalui pelayar telefon, dan ahli log masuk dengan emel tanpa kata laluan. Ahli boleh menambah Rembuk ke skrin utama telefon untuk menerima notifikasi.
Adakah undi Mesyuarat Agung benar-benar sulit?
Ya. Siapa yang mengundi direkod berasingan daripada pilihan undi. AJK nampak keputusan semasa, dan ahli nampak keputusan selepas undian ditutup.
Apa yang berlaku jika ahli kami melebihi 30 orang?
Naik taraf ke pakej Mikro, Komuniti atau Pro bila-bila masa dari menu Langganan. Bayaran tahunan bersamaan harga 10 bulan.
Jika langganan tamat, adakah data kami disekat?
Tidak. Kutipan yuran, resit dan data persatuan tidak disekat. Hanya fungsi AI berhenti selepas 14 hari.
Bagaimana jika AJK bertukar selepas Mesyuarat Agung?
Semua rekod kekal dalam persatuan, bukan dalam telefon seseorang. Mulakan sesi baharu, jemput AJK baharu, dan sejarah lengkap tetap tersedia.
Sedia untuk persatuan yang lebih telus?
Daftar hari ini dalam beberapa minit. Percuma sehingga 30 ahli, tanpa kad kredit.