Terma Perkhidmatan

Rembuk · Versi 4 · berkuat kuasa 15 Oktober 2026

1. Siapa kami

Rembuk (rembuk.my) dikendalikan oleh Renoraz Ventures Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 202501031023 (1632435-U)). Dengan menggunakan Rembuk, anda bersetuju dengan terma ini.

2. Perkhidmatan

Rembuk ialah sistem pengurusan untuk PIBG sekolah dan persatuan: yuran dan resit, dana, mesyuarat, kertas kerja, AJK, kalendar dan laman awam. Ciri bantuan penulisan automatik menghasilkan draf yang mesti disemak oleh pengguna sebelum digunakan.

3. Akaun dan tanggungjawab pengguna

  • Gunakan emel yang sah dan jaga akses emel anda; pautan log masuk dihantar ke emel itu.
  • Organisasi (PIBG atau persatuan) bertanggungjawab atas ketepatan data ahli, keluarga dan murid yang dimasukkan.
  • Dilarang menggunakan perkhidmatan untuk penipuan, kandungan yang menyalahi undang-undang, spam atau menceroboh sistem.
  • Pasukan Rembuk yang diberi kuasa boleh mengakses dan mengurus akaun serta data organisasi untuk memberi sokongan, membetulkan masalah, mencegah penyalahgunaan dan mematuhi undang-undang. Setiap akses dan tindakan direkod dalam log audit.

4. Wang dan bayaran

  • Yuran dan sumbangan ibu bapa atau ahli dibayar sama ada terus ke akaun organisasi sendiri (gateway atau pindahan bank organisasi), atau melalui Rembuk Pay.
  • Rembuk Pay: bayaran dikutip oleh Renoraz Ventures Sdn Bhd bagi pihak organisasi dan dibayar ke akaun bank organisasi yang telah disahkan dua kali seminggu (Isnin dan Khamis), selepas ditolak yuran platform 1.5% dan caj gateway pembayaran. Pemulangan kepada pembayar ditolak daripada bayaran keluar seterusnya.
  • Langganan Rembuk (RM49 sebulan atau RM490 setahun untuk sekolah; pakej persatuan seperti di laman langganan) dibayar kepada syarikat. Tiada caj automatik; pakej berjalan untuk tempoh yang dibayar.
  • Tajaan dibayar terus kepada organisasi; yuran platform 10% (jika ada) dibayar oleh penaja secara berasingan.

5. Had liabiliti

Kami berusaha memastikan perkhidmatan sentiasa tersedia dan selamat, tetapi tidak menjamin ia bebas gangguan. Setakat yang dibenarkan undang-undang, liabiliti kami terhad kepada jumlah langganan yang dibayar dalam tempoh 12 bulan sebelumnya.

6. Perubahan dan undang-undang

Terma ini boleh dikemas kini; versi terkini sentiasa di halaman ini. Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Pertanyaan: hello@rembuk.my atau +60 19-507 8005 / +60 15-882 4449.