Memuatkan…
Dana untuk pertubuhan belia, persatuan sukan, kelab dan persatuan seni, budaya serta warisan.
KBS memperuntukkan RM20 juta bagi Dana Sukan Komuniti 2026 untuk program sukan dan rekreasi peringkat daerah dan negeri. Badan sukan berdaftar ROS kini turut layak memohon.
KBS memperuntukkan RM250 juta untuk geran SejaTi MADANI x Belia. Pertubuhan berdaftar dengan ROY yang menyertai Program Santuni Pertubuhan Belia boleh memohon sehingga RM100,000.
MOTAC menawarkan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan 2026 sehingga RM300,000 bagi setiap program seni dan budaya. Fasa permohonan terakhir tahun ini telah ditutup pada 28 Ogos 2026.