Tentang kami

Tentang Rembuk

Rembuk ialah sistem pengurusan dalam talian untuk PIBG, persatuan, surau dan NGO di Malaysia, dikendalikan oleh Renoraz Ventures Sdn. Bhd.

Rembuk menyatukan kerja AJK dalam satu sistem: daftar ahli, yuran dan resit, kutipan derma, Mesyuarat Agung, minit mesyuarat dan penyata tahunan. Wang yuran dan derma dibayar terus ke akaun organisasi sendiri, dan Rembuk tidak memegang wang organisasi.

Untuk siapa

  • PIBG sekolah kerajaan
  • Surau & masjid
  • Persatuan penduduk
  • Alumni
  • Kelab sukan & rekreasi
  • NGO kebajikan
  • Persatuan profesional / belia

Persatuan tidak perlu berdaftar dengan ROS untuk menggunakan Rembuk. Pakej Percuma untuk persatuan sehingga 30 ahli.

Apa yang Rembuk buat

  • Ahli & yuran keahlian. Daftar ahli dengan nombor ahli, jenis dan status keahlian, serta invois yuran tahunan untuk semua ahli aktif.
  • Bayaran ke akaun persatuan. Gateway milik persatuan sendiri (CHIP, toyyibPay, Billplz, senangPay, iPay88, Stripe, HitPay atau Fiuu), pindahan bank atau DuitNow QR. Rembuk tidak memegang wang persatuan.
  • Resit automatik. Resit rasmi bernombor dihantar ke emel pembayar sebaik bayaran disahkan, dan bayaran tunai disahkan orang kedua.
  • Mesyuarat Agung. Usul dalam talian, kehadiran imbas QR, kuorum dikira sendiri dan undian sulit.
  • Minit mesyuarat dengan AI. AI menyusun minit format rasmi daripada nota ringkas Setiausaha, untuk disemak, disahkan dan dicetak.
  • Jawatankuasa & penyata tahunan. Rekod AJK bagi setiap sesi dan ringkasan penyata tahunan untuk membantu mengisi borang rasmi ROS.
  • Kutipan dana awam. Laman derma dengan sasaran, tarikh tutup dan bar kemajuan. Wang sampai ke akaun persatuan.
  • Laman awam & Berita. Laman awam persatuan, serta artikel aktiviti yang dipaparkan di rembuk.my/berita selepas disemak.
  • Hebahan ke emel & telefon. Satu hebahan kepada semua ahli atau AJK sahaja, melalui emel dan notifikasi telefon serentak.
  • Untuk PIBG sekolah. Yuran ikut keluarga, dana dan baki, aduan penyelenggaraan dan rakan penaja untuk PIBG sekolah kerajaan.

Pengendali

Syarikat
Renoraz Ventures Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran
202501031023 (1632435-U)
Alamat
SA/06/23A, Persiaran Plaza Azalea, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Emel
hello@rembuk.my
Telefon
+60 19-507 8005 / +60 15-882 4449

Dikemas kini:

Bahasa