Minit mesyuarat

Minit mesyuarat AI: draf minit rasmi daripada nota ringkas

Minit mesyuarat AI di Rembuk menyusun minit format rasmi daripada nota ringkas Setiausaha. Minit lalu, penyata kewangan dan perkara berbangkit diisi daripada rekod sistem, AI menulis semula nota dalam bahasa minit, dan Setiausaha menyemak serta mengesahkan minit itu sendiri.

Menulis minit selalunya mengambil masa berhari-hari selepas mesyuarat. Rembuk mengurangkan kerja itu kepada nota ringkas dan semakan, tanpa membiarkan AI membuat keputusan bagi pihak AJK.

Bagaimana Rembuk membantu

  1. Cipta mesyuarat

    Buka jubin "Mesyuarat & minit" dan isi kad "Mesyuarat baharu": jenis (Mesyuarat Jawatankuasa, Mesyuarat Khas Jawatankuasa, Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Biro), tarikh, masa dan tempat. Di halaman mesyuarat itu, tekan "Notis mesyuarat" untuk mencetak notis dengan agenda bernombor.

  2. Rekod kehadiran dengan QR

    Paparkan QR kehadiran. AJK menekan "Daftar masuk" dan "Daftar keluar"; tetamu mengisi nama tanpa akaun. Tekan "Isi kehadiran minit daripada daftar" untuk mengisi Hadir, Turut hadir, Tidak hadir (dengan atau tanpa maaf) dan masa mesyuarat bermula.

  3. Tulis nota ringkas

    Bagi ucapan Pengerusi, tulis 2 hingga 3 butiran. Bagi agenda lain, tulis apa yang dibincang dan diputuskan. Minit lalu, penyata kewangan dan perkara berbangkit tidak perlu ditulis.

  4. Semak perkara yang diisi daripada rekod

    Bil. dan tarikh minit lalu dipetik sendiri; pilih "Disahkan tanpa pindaan" atau "dengan pindaan" serta pencadang dan penyokong daripada senarai hadir. Baki dana, terimaan dan perbelanjaan diambil daripada lejar. Tindakan susulan minit lalu disenaraikan sebagai perkara berbangkit untuk ditanda Selesai, Dalam tindakan atau Ditangguhkan.

  5. Jana draf minit

    Tekan "Jana draf minit penuh dengan AI (1 kredit AI)". Jika tiada nota untuk ditulis semula, tiada kredit digunakan. Pilih "Susun tanpa AI (percuma)" jika mahu nota dimasukkan seperti yang ditulis.

  6. Semak, sahkan dan tandatangan

    Ubah setiap perkara dan tindakan susulan (siapa, apa, bila), kemudian simpan. Hantar draf untuk Semakan Pengerusi jika perlu. Tekan "Pratonton & cetak" untuk PDF, dan "Sahkan minit (kunci)" bila muktamad. Setiausaha dan Pengerusi boleh menandatangani secara elektronik dengan kod pengesahan 16 aksara.

Kredit AI sebulan bagi pakej persatuan: Percuma 5, Mikro 15, Komuniti 30, Pro 60. Pek kredit tambahan boleh dibeli di Langganan, dan minit sentiasa boleh ditulis tanpa AI.

Sesuai untuk

  • Setiausaha PIBG dan persatuan yang menulis minit setiap bulan
  • Pengerusi yang mahu menyemak draf sebelum minit disahkan
  • Persatuan yang perlu menyimpan minit lama dalam satu tempat (Import minit)
  • AJK baharu yang mewarisi rekod mesyuarat daripada AJK lama

Cara manual berbanding Rembuk

Kehadiran

Cara manualSenarai ditaip semula daripada kertas

Dengan RembukDiisi daripada daftar kehadiran QR

Minit lalu & berbangkit

Cara manualDicari dalam fail atau emel lama

Dengan RembukDipetik daripada minit lalu dan tindakan susulannya

Angka kewangan

Cara manualDisalin daripada buku tunai

Dengan RembukDiambil daripada lejar dana, bukan ditulis oleh AI

Masa menyiapkan

Cara manualDitulis penuh selepas mesyuarat

Dengan RembukNota ringkas, draf dijana, kemudian disemak

Simpanan

Cara manualFail Word dalam komputer seorang AJK

Dengan RembukMinit disahkan dikunci dan kekal dalam organisasi

Soalan lazim

Adakah AI menulis minit tanpa disemak?

Tidak. AI menghasilkan draf sahaja. Setiausaha menyemak dan boleh mengubah setiap perkara, dan minit hanya dikunci apabila "Sahkan minit (kunci)" ditekan.

Berapa kredit AI digunakan?

1 kredit AI bagi setiap draf minit penuh. Tiada kredit digunakan jika tiada nota untuk ditulis semula, dan "Susun tanpa AI" sentiasa percuma.

Adakah AI mereka nama atau angka?

Tidak. Nama dipilih daripada senarai kehadiran sahaja, dan angka kewangan datang daripada rekod dana, bukan daripada AI.

Bolehkah minit lama dimasukkan?

Boleh. "Import minit" membaca PDF, Word atau gambar minit lama dengan AI untuk anda semak. Minit itu menjadi minit lalu bagi mesyuarat seterusnya. Satu import menggunakan satu kuota AI bulanan.

Bolehkah minit diubah selepas disahkan?

Tidak. Minit yang disahkan ialah rekod rasmi dan tidak boleh diubah atau dipadam. Hanya draf boleh dipadam.

Adakah tandatangan elektronik diterima semua pihak?

Ia sah untuk kegunaan dalaman dan kebanyakan urusan, tetapi sesetengah agensi seperti bank atau ROS mungkin masih meminta tandatangan basah. Ia bukan tandatangan digital berdaftar di bawah Akta Tandatangan Digital 1997.

Mula dengan persatuan anda

Daftar dalam beberapa minit. Percuma sehingga 30 ahli, tanpa kad kredit.

Bacaan berkaitan

Dikemas kini:

Bahasa