Sistem pengurusan PIBG yang telus.
Rembuk untuk PIBG ialah sistem pengurusan PIBG sekolah dalam talian.
Yuran, resit, dana, Mesyuarat Agung, minit AI dan rakan penaja dalam satu sistem. Wang sampai ke akaun anda, setiap ringgit ada rekod, setiap ibu bapa nampak resit sendiri.
- Wang sampai ke akaun anda
- Resit rasmi automatik
- Undi AGM sulit
Kenapa Rembuk
Dari Excel, resit tulis tangan dan WhatsApp bertimbun, kepada satu tempat yang telus.
Sebelum
- ×Yuran direkod dalam Excel yang hanya Bendahari faham
- ×Tunai dikutip tanpa resit, sukar diaudit
- ×Usul AGM dikumpul melalui Google Form
- ×Minit mesyuarat siap dua minggu kemudian
- ×Penaja tidak tahu sama ada tajaan mereka berbaloi
- ×Bila AJK bertukar, rekod hilang bersama telefon
Dengan Rembuk
- Setiap keluarga ada invois dan boleh bayar dari telefon
- Setiap bayaran disahkan orang kedua dan ada resit bernombor
- Usul, kehadiran QR dan undi sulit dalam satu tempat
- Minit rasmi siap selepas mesyuarat dengan bantuan AI
- Laporan impak menunjukkan paparan dan klik untuk penaja
- Semua rekod kekal dalam organisasi, sedia untuk AJK baharu
Ciri lengkap
Semua kerja AJK, dalam satu sistem
Yuran, dana, mesyuarat, aduan dan penaja, disusun ikut cara PIBG sekolah kerajaan bekerja.
Yuran, invois & resit
Invois ikut keluarga, adik-beradik digabung, bayar FPX atau tunai, resit rasmi bernombor.
Dana & baki yang telus
Baki ikut dana, wang tumpang, komitmen dan pindahan berkelulusan. Tiada lagi Excel bertimbun.
Mesyuarat Agung digital
Usul dalam talian, kehadiran imbas QR, undi sulit dan pemilihan AJK. Kuorum dikira sendiri.
Minit & kertas kerja AI
Tulis nota ringkas, AI susun minit rasmi dan kertas kerja ikut format sekolah anda.
Kutipan dana awam
Laman derma untuk tabung surau, kelas atau kebajikan. Wang sampai ke akaun anda.
Aduan & penyelenggaraan
Guru lapor dengan foto, PK HEM semak, 3 sebut harga dan undian AJK untuk pembaikan.
Rakan penaja
Logo dan tawaran penaja di depan ibu bapa, dengan laporan impak yang membuktikan nilainya.
Automasi
Resit, peringatan yuran dan laporan bulanan dihantar sendiri. Hidupkan dengan satu suis.
Cara ia berfungsi
Ibu bapa bayar, resit keluar, dana dikemas kini. Sendiri.
Invois sampai ke telefon
Bendahari jana invois sekali untuk semua keluarga. Ibu bapa log masuk dengan emel, tanpa kata laluan.
Bayar terus ke akaun PIBG
Melalui gateway milik PIBG sendiri, atau pindahan bank dengan bukti. Tunai disahkan orang kedua.
Resit & laporan automatik
Resit bernombor dihantar ke emel. Baki dana dan kutipan dikemas kini serta-merta untuk AJK.
Tonton
Kenali Rembuk dalam video pendek
Bagaimana AJK urus semuanya dalam satu tempat, dan bagaimana Rakan Penaja membantu PIBG mendapat dana.
Untuk siapa
Satu sistem, dua jenis organisasi
Yuran ikut keluarga, wang tumpang, RELA dan AGM
Matriks yuran per keluarga dan per murid, adik-beradik digabung, kutipan khas ikut tahun, kertas kerja ikut format sekolah, aduan kerosakan dengan undian AJK.
Minta demo untuk sekolahDaftar ahli, yuran tahunan dan Penyata ROS
Nombor ahli, pembaharuan automatik, tabung derma awam, Mesyuarat Agung dan penyata tahunan untuk Pendaftar Pertubuhan. Percuma sehingga 30 ahli.
Untuk perniagaan tempatan
Ibu bapa di daerah anda, di tempat yang mereka percaya
Setiap daerah ada puluhan sekolah dan ribuan ibu bapa yang membuka Rembuk untuk urusan anak. Jadilah Rakan Niaga Daerah: logo dan tawaran anda dipaparkan kepada mereka, dan 40% bayaran anda kembali kepada sekolah di daerah itu.
Hanya daerah anda
Kedai di Kedah tidak dipaparkan di Shah Alam. Paparan ikut lokasi perniagaan anda.
Laporan impak sebenar
Paparan, klik WhatsApp dan bilangan sekolah dicapai, boleh disemak bila-bila masa.
Sokong sekolah setempat
40% bayaran diagihkan kepada PIBG dan persatuan ikut paparan. Ibu bapa nampak jasa anda.
Pakej daerah dari RM1,000 sebulan. Iklan hanya kepada ibu bapa dan ahli dewasa, tidak sekali-kali kepada murid.
Janji kami
Dibina untuk wang awam dan data kanak-kanak
Wang terus ke akaun anda
Bayaran masuk terus ke akaun PIBG atau persatuan: melalui gateway milik organisasi sendiri (CHIP, toyyibPay, Billplz, senangPay, iPay88, Stripe, HitPay atau Fiuu) atau pindahan bank dengan resit. Rembuk tidak memegang wang anda.
Data murid tidak dikongsi
Tidak dijual, tidak diberikan kepada penaja atau pengiklan.
Undi benar-benar sulit
Pilihan undi disimpan tanpa nama. Tiada sesiapa boleh melihat pilihan sesebuah keluarga.
Setiap tindakan direkod
Pengesahan orang kedua, resit bernombor dan log audit untuk juruaudit.
Harga
Harga yang mesra tabung PIBG
Wang ibu bapa untuk murid. Kami kekalkan harga serendah mungkin.
Rembuk Sekolah
atau RM490 setahun (2 bulan percuma)
- Semua modul tanpa had keluarga
- Kredit AI untuk minit & kertas kerja
- 300 kenalan, 100 imbasan kad nama percuma sebulan & Kad Digital AJK
- Percubaan 60 hari
- Bantuan pindah data
Persatuan & NGO
Pakej berbayar membuka bayaran dalam talian, laman awam dan lebih kredit AI. Bayaran tahunan = harga 10 bulan.
Mula percumaSoalan lazim
Yang selalu ditanya AJK
Adakah wang yuran melalui akaun Rembuk?
Tidak. Yuran dan derma dibayar terus ke akaun PIBG atau persatuan sendiri: melalui gateway sendiri (CHIP, toyyibPay, Billplz, senangPay, iPay88, Stripe, HitPay atau Fiuu) atau pindahan bank / DuitNow QR. Rembuk tidak memegang wang PIBG dan tiada potongan Rembuk. Rembuk Pay (kutipan bagi pihak organisasi) belum ditawarkan buat masa ini, sementara menunggu kelulusan penyedia pembayaran.
Bagaimana data murid dilindungi?
Data disulitkan, dilindungi dengan kawalan akses ikut peranan dan setiap capaian direkod dalam log audit. Ibu bapa hanya melihat keluarga sendiri, dan data murid tidak pernah dikongsi dengan penaja atau pengiklan.
Perlukah ibu bapa memasang aplikasi?
Tidak. Rembuk dibuka melalui pelayar telefon. Log masuk dengan emel tanpa kata laluan.
Bolehkah persatuan bukan sekolah menggunakannya?
Boleh. Surau, persatuan penduduk, alumni dan kelab boleh mendaftar sendiri secara percuma sehingga 30 ahli.
Bagaimana jika Bendahari bertukar selepas AGM?
Semua rekod kekal dalam organisasi, bukan dalam telefon seseorang. AJK baharu hanya perlu dijemput, dan sejarah lengkap sedia ada.
Dikemas kini:
Sedia untuk PIBG yang lebih telus?
Persatuan boleh mendaftar sendiri hari ini. Sekolah boleh meminta demo, dan kami bantu memindahkan data.



